Showing posts with label Berita sukan. Show all posts
Showing posts with label Berita sukan. Show all posts

Sah! Mancini Akhirnya Kena Pecat!

Manchester City Pecat Roberto Mancini

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini akhirnya menerima akibat daripada kegagalannya mempertahankan Kejuaraan Liga Inggeris yang dimenangi musim lepas. Tambah memburukkan keadaaan adalah apabila Manchester City juga gagal menewaskan kelab kerdil Wigan dalam perebutan Piala FA, Sabtu lepas.

Berikut Kenyataan Manchester City Tentang Pemecatan Mancini

"Walaupun setiap orang berusaha bersungguh-sungguh, kelab ini gagal mencapai sebarang kejayaan seperti yang disasarkan pada tahun ini dengan pengecualian kelayakan bagi saingan Liga Juara-juara musim depan.


"Ini ditambah dengan usaha untuk mengenal pasti pendekatan holistik dalam semua aspek bola sepak di kelab ini dan membuat keputusan untuk mencari pengurus baru bagi musim 20/14 dan seterusnya,"

Siapa Pengurus Baru Manchester City?

Kemungkinan besar mungkin pengurus Malaga, Pellegrini yang hangat disebut-sebut sebelum ini.


Perjalananan Karier Roberto Mancini di Manchester City


  • Disember 2009 - mengambil alih daripada Mark Hughes sebagai pengurus
  • Musim Panas 2010 - tandatangan pemain bernama besar-David Silva, Yaya Toure dan Mario Balotelli
  • Mei 2011 - membawa City raih tempat ketiga dalam Liga Perdana dan Piala FA, trofi utama pertama mereka dalam tempoh 25 tahun
  • Musim Panas 2011 - tandatangan Samir Nasri, Gael Clichy dan Sergio Aguero
  • September 2011 - Mancini berkata Carlos Tevez  "selesai" selepas enggan untuk memanaskan badan semasa perlawanan Liga Juara-Juara
  • Oktober 2011 - menewaskan Manchester United 6-1
  • May 2012 - gol Aguero beri gelaran liga pertama Manchester City dalam 44 tahun
  • Julai 2012 - mendapat kontrak baru lima tahun
  • Disember 2012 - keluar Liga Juara-Juara tanpa kemenangan tunggal
  • Januari 2013 - dilaporkan berkelahi dengan Mario Balotelli dan menjual penyerang itu
  • April 2013 - kehilangan gelaran Liga Perdana Inggeris kepada Man United
  • Mei 2013 - kehilangan final Piala FA kepada Wigan dan dipecat dua hari kemudian

Tags:Roberto Mancini dipecat, Manchester City, Pengurus Baru


Pilihan Berkaitan:

Sah Alex Ferguson Bersara! Siapa Penggantinya?

Sir Alex Ferguson sah Bersara

27 tahun merupakan satu tempoh yang cukup panjang. Dalam dunia bola sepak, susah mencari pengurus yang mampu mengekalkan kedudukan mereka serta mencapai banyak kejuaraan dalam jangkamasa ini. Apatah lagi dengan hanya satu kelab yang sama. Namun hakikatnya itulah yang berjaya dilakukan Alex Ferguson di kelab bola sepak Manchester United.


Detik Gemilang dan Kejayaan Ferguson


Berkat kesabaran, kegigihan dan usaha kerasnya sejak menjawat jawatan di Old Trafford pada 1986, Ferguson telah berjaya memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Liga Juara-Juara dan lima Piala FA.

Maka tidak hairanlah sekiranya berita persaraan beliau bukan sahaja menjadi perbualan hangat di kalangan para penyokong tegar Manchester United malah menarik minat peminat bola sepak umumnya.

Walaupun menerima hakikat bahawa ALex Ferguson pasti akan bersara akhirnya namun ramai para peminat MU masih berharap perkara itu tidak berlaku dalam jangkamasa terdekat. Apatah lagi semasa mereka baru menjulang Kejuaraan kali ke-20. Pastinya persoalan sama ada bakal pengganti Ferguson akan dapat menyaingi kehebatannya  mencetuskan kegusaran kepada peminat United kini.

Persoalannya siapa pengganti jawatan penting ini? Adakah dia cukup bagus untuk United?

Siapa Pengganti Ferguson?


Walaupun belum disahkan namun terdapat desas-desus kuat yang mengatakan David Moyes, pengurus Everton kini bakal menggantikan Alex Ferguson.

Apa Kata Ferguson?

Penting bagi saya untuk meninggalkan organisasi ini pada tahap terbaik dan saya rasa saya sudah melakukannya,” 

Kualiti skuad juara liga ini, dan pemain muda yang ada, mampu meneruskan kejayaan ini pada tahap tertinggi manakala struktur pembangunan pemain remaja akan memastikan masa depan kelab terjamin.”

“Saya perlu menyatakan penghargaan saya kepada keluarga saya, kasih sayang dan sokongan mereka cukup penting selama ini,” katanya.

Masa Depan Ferguson.

Dia bagaimanapun dikatakan akan terus bersama kelab Manchester United sebagai pengarah dan duta.

Pilihan Berkaitan:


Tags:Alex Ferguson, Manchester United, berita bersara, Berita sukan

Raikkonnen Mahu Buat Terbaik di Sepang

Tiada Perubahan Hadapi GP Malaysia - Raikkonen


SEPANG: Bekas juara Formula One (F1) dunia, Kimi Raikkonen tidak akan mengubah persediaan pada perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Ahad ini selepas menjuarai GP Australia minggu lepas.

"Kita tidak buat apa-apa yang berbeza pada hujung minggu ini daripada kita lakukan pada perlumbaan sebelum ini mahupun tahun lepas. "Jika orang berfikir bahawa kita adalah peneraju...ia tidak membawa apa-apa perbezaan kepada corak persediaan kami. Kami akan cuba melakukan yang terbaik dan harap dapat mengumpul mata yang baik," kata pelumba pasukan Lotus F1 itu pada sidang media di Pusat Media SIC di sin, Khamis.

Kejayaan pada pusingan pertama GP Dunia di Melbourne, Australia, Ahad lepas, merupakan kemenangan kedua selepas beliau kembali semula ke F1 tahun lepas setelah tidak beraksi selama dua tahun.

Raikkonen mencapai kemenangan sulung F1 di Sepang pada 2003 dan mengulangi pencapaian itu pada 2008.

"Ia adalah baik untuk memenangi perlumbaan pertama tetapi sepatutnya kita harus menang tahun sebelum itu... jadi ia adalah baik untuk kembali ke sini.

"Saya tidak meminati suhu panas dan lembab di sini tetapi litar di sini adalah bagus. Oleh itu, kita tahu serba sedikit cabaran perlumbaan di sini. Biasanya ia memberi keputusan baik dan itulah yang amat penting," katanya. -BERNAMA

tags: berita sukan, Formula One GP Malaysia, Litar Sepang 2013, Lotus, Kimi Raikkonen

VIDEO Ronaldo SEDIH Buat Man United Menangis

Berikut adalah VIDEO Ronaldo berasa SEDIH setelah jaringan menyebabkan Man United Tersekat Di Liga-Liga Juara:


MANCHESTER: Cristiano Ronaldo mengakui berasa 'sedih' selepas jaringannya membawa kepada berakhirnya kempen bekas kelabnya, Manchester United memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, pagi tadi.

Jaringan Ronaldo itu menyaksikan Real mara ke suku akhir selepas menewaskan United 2-1 di Old Trafford, pada aksi kedua, awal pagi tadi.
Penyerang Portugal itu menguis masuk gol pada minit ke-69 sekali gus menyaksikan Real menang agregat 3-2 ke atas United.

Berusia 28 tahun, Ronaldo yang beraksi untuk United selama enam musim dengan penuh kecemerlangan, mendapat tepukan penyokong United sebaik masuk ke padang bagi memulakan perlawanan.

Bagaimanapun, sebaik menyumbat masuk, Ronaldo berlari perlahan tanpa meraikan kejayaannya menjaringkan gol itu.

“Penerimaan mereka tidak disangka. Ia saat yang menyentuh perasaan bagi bagi, terutama untuk perlawanan malam ini," katanya kepada stesen Sky Sports.

“Saya tidak mempunyai perkataan untuk menerangkan apa yang saya ras. Penyokong di sini menjadikan saya malu dan saya tidak bermain seperti saya bermain sebelum ini.
“Bagaimanapun saya membantu pasukan saya, saya hanya gembira di dalam hati. Tapi saya juga sedih kerana Manchester United tersingkir."


Perlawanan itu menyaksikan rakan senegara Ronaldo, Nani dilayangkan kad merah kerana mengkasari Alvaro Arbeloa pada minit ke-56 dan keadaan terus berbeza selepas itu.

“Secara ikhlas, saya tidak lihat apa yang Nani lakukan, tapi keadaan ini berlaku dalam bola sepak," kata Ronaldo. - AFP

Tags:Liga Juara-Juara Eropah

Nigeria Juara Piala Afrika AFCON 2013

Nigeria Juara Piala Afrika AFCON 2013


Nigeria membuktikan kejaguhan sebagai pasukan terbaik Afrika apabila membenam Burkina Faso dalam perlawanan penentuan final AFCON 2013 awal pagi tadi dengan jaringan 1-0. Dalam perlawanan yang rancak berlangsung itu kedua pasukan saling mengancam namun ternyata Nigeria lebih unggul walaupun dengan hanya 1 jaringan. Kejohanan akan datang bakal diadakan di Maghribi pada tahun 2015.

Keputusan Final Piala Afrika AFCON 2013:


Keputusan PENUH:Nigeria 1- 0 Burkina Faso

Tempat Ketiga : Mali (tewaskan Ghana 3-1)


Tags:Piala Afrika, AFCON 2013, Nigeria vs Burkina Faso

Ronaldo Malukan Real Madrid

Real Tewas Lagi


BARCELONA: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol sendiri buat julung kali dalam kerjayanya ketika Real Madrid tewas 1-0 kepada Granada pada perlawanan
Liga Sepanyol menyaksikan anak buah Jose Mourinho kecundang pada lawan kurang ternama.
Kerjaya Ronaldo yang cemerlang apabila menjaringkan pelbagai jenis gol dan sudut tetapi tidak pernah dalam 10 musim lebih menjaringkan gol sendiri sehinggalah dia menanduk sepakan sudut melepasi penjaga gol, Diego Lopez ketika cuba menyelamatkan bola pada minit ke-22.
Madrid berhempas pulas untuk mengasak tetapi gagal menemui sasaran sehingga minit ke-58.

Kekalahan itu adalah yang kelima dalam 12 perlawanan di tempat lawan musim ini menyebabkan mereka ketinggalan 15 mata di belakang Barcelona sebelum pendahulu liga terbabit bertandang ke Valencia hari ini. - AP
Tags:Ronaldo, Real Madrid, Keputusan la Liga, Barcelona, Lionel Messi, Mourinho, Bola sepak, Keputusan terkini

Balotelli Terseksa Di City

Lega Tinggalkan City


MILAN - Penyerang kontroversi, Mario Balotelli (gambar) berkata dia lega kerana menamatkan 'kesengsaraan' akibat terpaksa berdepan keadaan trafik, cuaca, makanan dan media England selepas diperkenalkan secara rasmi pada sidang akhbar oleh AC Milan kelmarin.

"Memang impian saya untuk menjadi pemain AC Milan selama ini, jadi saya berasa sangat gembira. Namun, saya lebih gemar bermain, bukannya bercakap," katanya.

Sepanjang lebih dua tahun di City, dia menimbulkan pelbagai kontroversi.

"Sekarang saya berada di Milan, ia adalah perkara paling penting dalam hidup kerana hubungan saya dengan keluarga dan sahabat amat erat. Manchester tidaklah jauh sangat, tetapi ia tidaklah dekat seperti Milan," jelasnya.

Perpindahan Balotelli melibat yuran 20 juta euro (RM84.9 juta).

Bintang Itali itu juga sempat mengimbas baik buruk kehidupan di England.

"Perkara yang baik hanya apabila saya pergi ke (pusat latihan) Carrington untuk berlatih, jadi rakan-rakan sepasukan, pengurus, semuanya adalah perkara yang baik.

"Perkara buruk?... semuanya. Media di sana, cuaca, makanan dan cara mereka memandu," katanya.

Pun begitu, Balotelli mengakui dia akan merindui Liga Perdana. - REUTERS


Tags:Berita sukan, Balotelli, BPL, AC Milan, Manchester City, Mario Balotelli

Tonton Video Apek Kahwin

Seperti Semua Maklum Penjaga Gol Popular Harimau Malaya, Khairul Fahmi aka Apek telah pun menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya iaitu Liuniey pada 28 Disember 2012.

Berikut adalah VIDEO perkahwinan Khairul Fahmi. Selamat pengantin Baru diucapkan ! Semoga bahagia hingga ke anak cucu.





Tags:Apek kahwin, video perkahwinan Khairul Fahmi, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib