Anak Menteri, Kekasih Terbaru Nora Danish?

Siapa Anak Menteri Dengan Nora Danish?

Ya, Nora Danish memang mengiyakan yang dia sedang berkawan rapat anak seorang menteri. Lelaki tersebut  adalah Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri yang merupakan anak lelaki 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.  Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya.



Berikut Jawapan Nora Danish di Mstar mengenai hubungan tersebut.

Nadeem mempunyai Ciri Lelaki Pilihan


"Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya.

"Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,"

"Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.


Apa kata Ibu?

Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Salimah Talib, 56, mengakui tidak pernah menghalang anaknya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

"Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan,"


"Saya tidak menghalang siapa pun lelaki pilihannya namun banyak menasihatkan dia agar berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki.

"Saya takut peristiwa lama berulang kembali, kalau boleh jika berkahwin kali kedua dengan lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya,"

Pilihan Berkaitan:

 

Pilihan Ekstra:


Tags: Nora Danish, Anak Menteri.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib