Cipta Kejayaan
Dia pernah terpalit dengan kisah-kisah kontroversi. Walaubagaimanapun dia berjaya bangkit dan seterusnya mencipta kejayaannya dalam karier peragaan dan perniagaan. Kini dia juga dilaporkan bahagia dengan kekasih hati, River Viiperi yang juga seorang model.
Semuanya nampak sempurna dalam hidup socialit dan model Paris Hilton kini. Tapi benarkah begitu?
Mungkin juga tidak. Ini kerana ada desas-desus mengatakan teman lelakinya, River tergugat dengan kejayaannya. Benarkah perkara tersebut? Apa pula kata Paris mengenai isu ini?
River Cemburu Dengan Paris?
Berikut kata-kata Paris apabila diutarakan hal tersebut,"River selalu kata yang dia cukup bangga dengan kejayaan yang saya miliki dan kenyataannya cukup menggembirakan hati saya.
"Dia juga sentiasa menemani saya berjalan hampir ke seluruh dunia bersama. Saya suka apabila ada orang yang sentiasa berada di sisi ke mana-mana sahaja saya pergi.
"Malah dia seorang yang cukup memahami dan sering memberikan kata-kata semangat buat saya. Malah dia bukan lelaki yang cemburu buta dan tak pernah rasa tergugat dengan kejayaan yang dimiliki," katanya.
Pilihan Berkaitan:
- Sambut Hari Jadi Stail Paris Hilton
- Lirik Lagu +Video Nothing In This World-Paris Hilton
- Lirik Lagu + Video Stars Are Blind- Paris Hilton
- Banyak Lagi Berita Hiburan Sensasi...Klik sini
Tags:Paris Hilton, Berita hiburan
No comments:
Post a Comment
Komen di sini