Panas! Aaron Aziz Kena Tegur...


Siapa Tegur Aaron Aziz?

Orangnya tidak lain tidak bukan ialah isteri kesayangannya sendiri, Diyana Halik yang kerap merungut kerana pelakon terkenal ini kerap memberikan pelbagai alasan untuk buat sesuatu yang penting.

Apa Puncanya?
Puncanya disebabkan Aaron Aziz yang perlu menjalani rawatan fisioterapi akibat menghidap sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) pada September tahun lalu  masih belum melakukan rawatan tersebut. Dia khabarnya dapat kecederaan itu semasa pengambaran Fear Factor Malaysia.

Apa Alasan Aaron Elak Rawatan?

"Sepatutnya, selepas pulang daripada penggambaran Fear Factor Malaysia pada Oktober tahun lalu, saya perlu menjalani rawatan fisioterapi selama enam bulan tetapi sehingga kini saya belum melakukannya.

"Bukannya apa, saya tidak suka ke hospital untuk menjalani rawatan tersebut kerana saya rasa ia seperti membosankan. Lagi pun saya memang degil tidak mahu buat rawatan itu sehingga isteri pun bising," katanya.

Aaron Kembali Aktif Drama?

"Alhamdulillah, selepas agak lama tidak muncul di televisyen, lakonan-lakonan yang saya jalani tahun lalu akan disiarkan sepanjang tahun ini dengan beberapa buah drama.

"Saya harap, para penonton tidak bosan dengan wajah saya yang bakal terpampang di televisyen,"
Jadi Aaron diharap dengarlah kata isteri itu. Kesihatan diri lebih penting daripada kerjaya.

sumber:mstar

Pilihan Berkaitan:


Tags:Berita hiburan, Aaron Aziz

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib