PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Drama Maid (ASTRO)

 Sinopsis Drama Maid (ASTRO)


Maid merupakan satu lagi drama adaptasi Novel yang bakal bersiaran di saluran Astro mulai 15 Jun 2015. Drama ini menampilkan gandingan mantap Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang amat popular sebelum ini dengan drama Rindu Awak 200%. Drama ini bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria & Ria HD.

JUDUL : M.A.I.D
EPISOD : -
TARIKH / MASA : Mulai 15 Jun 2015, Isnin-Jumaat (10malam)
SALURAN : Astro Ria (104) & Ria HD (123).
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda jebat, Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah
PENULIS NOVEL: Suri Ryana

WATAK PELAKON:
  • Ayda jebat sebagai Noorul
  • Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris
  • Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman
  • Tasha Shilla Razak sebagai Elisa
  • Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana
  • Nina Nadira sebagai Zaura
  • Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan
  • Hefny Sahad sebagai Haikal

SINOPSIS DRAMA MAID:
Drama Maid berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis biasa bernama Noorul (Ayda Jebat) yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang jurutera lelaki yang kacak iaitu Mr. F a.k.a Harris lakonan Zul Ariffin. Disebabkan sikap majikannya yang cerewet dan suka meminta dia masak pelbagai masakan membuat Noorul meluat akan lelaki itu.
Namun lama-kelamaan dari benci bertukar cinta akhirnya dan membawa  mereka ke gerbang perkahwinan. Namun kehadiran Elisa, yang menyintai Mr tambah merumitkan keadaan. Dapatkah Noorul menghadapi semua rintangan termasuk adik tiri yang turut menyimpan perasaan terhadapnya?Saksikanlah coretan kisah Noorul dan Mr F yang penuh dengan rencah dalam Drama MAID bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria & Ria HD.
 Semoga Terhibur:)


Tags:Sinopsis Drama Maid (ASTRO)

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib