PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)

 Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)


Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini TV3 menyajikan drama istimewa dalam slot Akasia yang berjudul  'Syurga Nur'.  Drama ini memulakan tayangan pada 1 Julai 2015, dari Isnin hingga Khamis, jam 6:55 petang.

JUDUL : Syurga Nur
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 1 Julai 2015 (Isnin-Khamis, 6.55pm)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
OLAHAN : Sheila Rusly
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
WATAK PELAKON
  • Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
  • Amar Asyraf sebagai Kamil
  • Azrel Ismail sebagai Dr Haris
  • Sheila Rusly sebagai Sarina
  • Raja Ilya sebagai Alin
  • Dayana Roza sebagai Siti
  • Erwin Dawson sebagai Adib
  • Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
  • Elin Sharliza sebagai Alia
  • Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar
  • Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
  • Shajiry sebagai Said
  • Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
  • Yaya Zahir sebagai Emma
  • Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
  • Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

LAGU TEMA / OST SYURGA NUR:

1. Lirik Lagu Benar Cinta - Aisha Hanim

SINOPSIS DRAMA NUR
Syurga Nur menyorot kisah Nur(Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak kejadian itu Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) dan sering menjadi mangsa dera. Semasa Nur melarikan diri dia berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menjaga dan menyayanginya seperti anak kandung.
Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson). Mereka tidak suka kehadiran Nur dalam keluarga mereka.
Nur berjaya menjadi usahawan dan waktu itu Kamil mula mempunyai perasaan terhadap Nur. Namun dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti, Nur mula perasan yang Kamil menyukainya.
Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Kamil akan bersama dengan Nur?


Tags:Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib