PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sah! Mancini Akhirnya Kena Pecat!

Manchester City Pecat Roberto Mancini

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini akhirnya menerima akibat daripada kegagalannya mempertahankan Kejuaraan Liga Inggeris yang dimenangi musim lepas. Tambah memburukkan keadaaan adalah apabila Manchester City juga gagal menewaskan kelab kerdil Wigan dalam perebutan Piala FA, Sabtu lepas.

Berikut Kenyataan Manchester City Tentang Pemecatan Mancini

"Walaupun setiap orang berusaha bersungguh-sungguh, kelab ini gagal mencapai sebarang kejayaan seperti yang disasarkan pada tahun ini dengan pengecualian kelayakan bagi saingan Liga Juara-juara musim depan.


"Ini ditambah dengan usaha untuk mengenal pasti pendekatan holistik dalam semua aspek bola sepak di kelab ini dan membuat keputusan untuk mencari pengurus baru bagi musim 20/14 dan seterusnya,"

Siapa Pengurus Baru Manchester City?

Kemungkinan besar mungkin pengurus Malaga, Pellegrini yang hangat disebut-sebut sebelum ini.


Perjalananan Karier Roberto Mancini di Manchester City


  • Disember 2009 - mengambil alih daripada Mark Hughes sebagai pengurus
  • Musim Panas 2010 - tandatangan pemain bernama besar-David Silva, Yaya Toure dan Mario Balotelli
  • Mei 2011 - membawa City raih tempat ketiga dalam Liga Perdana dan Piala FA, trofi utama pertama mereka dalam tempoh 25 tahun
  • Musim Panas 2011 - tandatangan Samir Nasri, Gael Clichy dan Sergio Aguero
  • September 2011 - Mancini berkata Carlos Tevez  "selesai" selepas enggan untuk memanaskan badan semasa perlawanan Liga Juara-Juara
  • Oktober 2011 - menewaskan Manchester United 6-1
  • May 2012 - gol Aguero beri gelaran liga pertama Manchester City dalam 44 tahun
  • Julai 2012 - mendapat kontrak baru lima tahun
  • Disember 2012 - keluar Liga Juara-Juara tanpa kemenangan tunggal
  • Januari 2013 - dilaporkan berkelahi dengan Mario Balotelli dan menjual penyerang itu
  • April 2013 - kehilangan gelaran Liga Perdana Inggeris kepada Man United
  • Mei 2013 - kehilangan final Piala FA kepada Wigan dan dipecat dua hari kemudian

Tags:Roberto Mancini dipecat, Manchester City, Pengurus Baru


Pilihan Berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib