Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Pena 3 Dimensi yang mengujakan

Pen yang boleh menulis dan melukis di awangan dan menghasilkan gambar 3D yang lebih 'real'

Kewujudan pen 3D pasti menarik minat sesiapa sahaja terutama yang suka melukis.Walaupun pada masa sekarang harganya agak mahal namun dengan perkembangan teknologi yang pantas pasti harganya semakin murah sedikit masa lagi.

Sejak tiga tahun lepas pen 3 dimensi yang boleh menulis dan melukis gambar 3D telah beredar di pasaran dengan harga mencecah ratusan dollar Amerika.

Kini pen yang lebih kecil dengan berat 50 gram pula dihasilkan dengan nama 3Doodler 2.0.Pen ini melukis menggunakan lelehan filamen plastik cair yang membeku dengan cepat. Objek 3D boleh terus dilukis dengan tangan tanpa meggunakan perisian. Dengan adanya kipas kecil di hujungnya ia menyejuk dengan cepat. Pengguna boleh menentukan kelajuan, suhu dan jumlah plastik yang ingin digunakan.









Terkini! Bayaran BR1M Dipercepatkan

 

BR1M 2015 DiBayar Lebih Awal.

  1. Berita Baik! Menjelang Aidiladha yang bakal disambut umat Islam pada Khamis 24 September, kerajaan telah mempercepatkan pembayaran BR1M bulan SEPTEMBER 2015 (RM350) daripada 28/9/2015 kepada 21/9/2015, Hari Isnin.
  2. Sebelum ini BR1M tahun 2015 pernah dipercepatkan kepada tarikh mulai 15 Januari 2015 secara berperingkat menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan media yang disiarkan pada Isnin, 29 Disember 2014.
  3. Penerima dari negeri yang dilanda banjir akan diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M
  4. permohonan dan pengemaskinian BR1M dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015
  5. Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan dan pengemaskinian maklumat peribadi boleh membuat demikian secara online di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my 
  6. Secara manual penerima boleh menggunakan borang dengan mengunjungi mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  7.  

KATEGORI ISI RUMAH RM950

 Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun:
  •  RM300 : 28 Januari dan 28 Mei RM350 : 28 September 

KATEGORI RM750 

 Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun:
  •  RM200 : 28 Januari dan 28 Mei RM350 : 28 September 



Tags : Berita Semasa, BR1M

Kerajaan Mahu Tutup Facebook! Apa Kata Pengguna?

Meskipun masih belum terdapat pengesahan mengenai ura-ura kerajaan Malaysia mahu menutup Facebook, namun tidak salah rasanya kita ambil kira pandangan rakyat dan pengguna Facebook itu sendiri. Ini kerana kerajaan sendiri sedang mengkaji baik buruk kesan media sosial ini kepada rakyat.


Berikut beberapa pandangan yang dipetik dari Mstar...


1. "Apa salah Facebook? Anda boleh menyekat pengguna yang menyalahgunakannya," -Felicia Ernestine

2. Chong Li Herng pula membuat perbandingan dengan berkata lebuh raya juga harus ditutup kerana ia menyebabkan banyak kemalangan dan kematian.

3. "Apabila anda pihak yang berkepentingan, adalah lebih baik sekiranya anda melarang penggunaan kereta, motosikal, bas dan lain-lain, yang menyebabkan ribuan kematian setiap tahun. Ini bukanlah idea yang masuk akal," -Kamarul A Muhamed.

4.  "Facebook menjadi medan untuk bertemu dengan rakan-rakan lama selepas beberapa tahun tidak berjumpa, ahli keluarga yang dekat dan jauh dapat berhubung biarpun mereka tinggal di negara yang berlainan, " Sheela Palanisamay 

 

 

Nota: Facebook telah diharamkan di beberapa negara seperti Korea Utara, Iran, sementara China, Mesir dan Pakistan juga telah mengharamkan penggunaan laman sosial berkenaan walaupun larangan tersebut tidak kekal lama.

 

 

 Apapula Pandangan Anda? Patutkah Facebook Ditutup?
.




Tags:Kerajaan Mahu Tutup Facebook! Apa Kata Pengguna?, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

Pelik! Foto Malaysia turun salji.

Pelik Tapi Benar. Gambar Malaysia Turun Salji

Berikut adalah gambar yang disiarkan di Berita harian Malaysia mengenai keadaan sejuk luar biasa di Gunung Kinabalu sehingga menyebabkan kolam dan embun menitis menjadi beku.



Tags:Foto Malaysia dah turun salji, foto menarik, foto pelik

Nama Putera Baru Kate Terjawab!

Nama Putera Baru Kate Terjawab!




Pasti seluruh dunia yang mengikut kisah hidup ikon pasangan diraja Britain yang popular, Putera William dan Duchess Kate Middle tertanya-tanya apakah nama istimewa yang bakal diberikan kepada bayi lelaki mereka yang baru lahir.

Berikut adalah nama putera tersebut:


George Alexander Louis

Nama George   pernah digunakan enam raja England sebelum ini.
Malah, George adalah nama yang menjadi pilihan utama ketika spekulasi mengenainya diperkatakan ramai pihak kerana ia adalah nama bapa kepada Ratu Elizabeth II, Raja George VI (keenam) yang memerintah antara 1936 hingga 1952.

Pilihan Berkaitan:


Tags:Nama anak Kate Middleton, Bayi Putera William, Putera George,

Foto Ekslusif Bayi Kate Middleton!

Foto Ekslusif Bayi Kate Middleton!

Berikut adalah Putera William dan isteri, Kate Middleton membuat penampilan sulung bersama bayi lelaki yang juga bakal raja Britain yang selamat dilahirkan semalam, sebaik mereka keluar dari hospital

Berikut adalah foto anak baru lahir mereka yang belum bernama...

Pilihan Berkaitan:


Tags:Kate Middleton, Putera William, Bayi Diraja,

Akhirnya Kate Bersalin! Putera Atau Puteri?

Putera Atau Putera?


Akhirnya terjawab sudah mengenai jantina dan bila tarikh lahir bayi diraja Kate dan Putera William .
Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang bayi lelaki pada hari Isnin, pukul 4:24 petang, 22 Julai 2013 waktu London di Hospital St Mary Elizabeth.
Menurut Istana Kensington, bayi yang seberat 3.8 kilogram ini bakal menaiki takhta Britain.
Dalam pada itu, Kate Middleton juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Pilihan Berkaitan:



Tags:Bayi Diraja, Kate Middleton, Putera William

Kate Middleton Terlepas Tarikh Melahirkan 'Bayi Diraja'

Minggu ini Kate Middleton Dijangka Melahirkan Bayi Diraja

Walaupun telah melepasi tarikh jangkaan kelahiran bayinya pada 13 Julai 2013 lepas, namun isteri kepada Putera William, Kate Middleton tidak bimbang dengan keadaan tersebut. Buktinya dia masih sempat berkunjung ke rumah ibu bapanya yang terletak 50 batu jauh daripada hospital bersalinnya.

Dalam pada itu, pihak Istana Britain kini sedang sibuk membuat persiapan rapi bersempena kelahiran 'Bayi Diraja' ini yang dijangka berlaku dalam minggu ini.

Sama ada Bayi Diraja ini seorang putera atau puteri masih belum dapat dipastikan. Mungkin Kate dan Will mahu buat kejutan.


Tags:Kate Middleton, Putera William, Anak

Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia 2013

Berikut adalah barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mei lalu:


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: P.Waythamoorthy


Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Tags:Berita semasa, Kabinet Malaysia, Barisan Nasional, PRU 13



Pilihan Berkaitan:

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib