PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis DRama Slot Zehra: Ustaz Amirul

Sinopsis DRama Slot Zehra: Ustaz Amirul
Sinopsis:
Drama USTAZ AMIRUL mengisahkan tentang cabaran seorang pemuda dalam mengharungi dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu.
Ianya bermula dengan kepulangan Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir., Ustaz Amirul akan diduga keteguhan keimanannya kepada Allah, dalam melaksanakan impian membuka kelas agamanya sendiri. Janji Ustaz Amirul kepada ibunya, sekiranya pada usia 30 dia tidak mempunyai seorang calon isteri, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.



Dalam masa yang sama keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangan itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), sebab sebenar mengapa sampai kini hati Ustaz Amirul masih tidak dapat menerima mana-mana wanita.
Adawiya merupakan cinta pertamanya sejak di sekolah menengah lagi. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu menyintai Ustaz Amirul.
Adawiya yang kecewa, membawa hati yang luka mengikut sepupunya ke bandar dan bekerja di sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia hitam iaitu sebagai pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya bagi merahsiakan perkara sebenar. Semasa Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, mahu memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.


Sementara itu di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul dan sanggup melakukan apa sahaja telah memfitnah USTAZ AMIRUL yang konon cuba menodainya. Tuduhan Anita mencalar prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang warak oleh keluarga dan penduduk kampung.
Setelah usaha mencari Adawiya gagal, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan akhirnya bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, setelah segala persiapan tersedia rapi, tiba-tiba, Adawiya muncul kembali dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji dengan pelbagai onak duri dunia. Adakah Ustaz Amirul mampu melupakan cinta pertamanya dan berpegang teguh dengan janji? Sama-sama ikuti Drama Bersiri dalam Slot Zehra, Setiap Jumaat 9 malam hanya di TV3..

Para pelakon Ustaz Amirul:
# Ashraf Muslim
# Eira Syazira
# Siti Saleha
# Lydiawati
# Safura
# Kuna
# Zarynn Min
# Fauzi Nawawi
# Zoey Rahman

Tags:Sinopsis DRama Slot Zehra: Ustaz Amirul, Sinopsis Slot Zehra: Ustaz Amirul, Sinopsis Ustaz Amirul, Kisah Ustaz Amirul, Ashraf Muslim sebagai Ustaz Amirul, Foto Ustaz Amirul,OST Ustaz Amirul, Lagu Tema Ustaz Amirul, LAgu Pembukaan Drama Ustaz Amirul

3 comments:

  1. mudahan ustaz amirul akhirny tetap dgn munirah.

    ReplyDelete
  2. owhhh sedig sgtcite ni!!!smpi skrg tggu bl nk smpi hr jumaat..i adore u ustaz amirul!!!!

    ReplyDelete
  3. ustaz amirul is the best,..i like it,..best cngat2 ctew niey,..

    ReplyDelete

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib