Sinopsis Drama Trilogi Cinta Adaptasi Novel Sharifah Abu Salem

Sinopsis Drama Trilogi Cinta

Trilogi Cinta diadaptasi daripada 3 novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Drama ini mengangkat plot percintaan di antara orang gaji dengan majikan.

Ia menceritakan perihal cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.







Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.

Saksikan kesudahan drama hebat 40 episod ini setiap Ahad dan Isnin bermula 2 Januari 2011 pada jam 10.00 malam di saluran TV1.

Tags: Sinopsis Drama Trilogi Cinta Adaptasi Novel Sharifah Abu Salem, Plot Drama Trilogi Cinta Adaptasi Novel Sharifah Abu Salem, Sinopsis Drama Novel Sharifah Abu Salem, Sinopsis Trilogi Cinta, Drama TV1, Waktu siaran Drama Trilogi Cinta, Kesudahan Drama Trilogi Cinta, Pelakon Drama Trilogi Cinta

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib