Ronaldo SEDIA kecewakan United


Ronaldo sedia jadi 'duri dalam daging'

MAMPUKAH Ronaldo membantu Real Madrid menjinakkan bekas kelabnya, United dalam aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok?

MANCHESTER - Peledak berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo memasang impian untuk merobek gawang Manchester United menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi kedua pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 1-1 dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu bulan lalu dan Ronaldo yang tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring dalam perlawanan itu, berazam mengulangi kecemerlangannya awal pagi esok.

"Ia satu kejayaan yang cukup bermakna jika saya berjaya menjaringkan gol di Old Trafford.

"Mungkin saya tidak akan meraikan jaringan itu, cuma saya tidak sabar berada dalam situasi sedemikian," kata Ronaldo.

Pada masa sama, dia optimis penyokong United masih menyayanginya biarpun berjaya mengekang bekas kelabnya itu daripada menyambar slot suku akhir.

"Saya yakin penyokong United masih menerima saya dengan baik. Saya menghabiskan beberapa musim yang indah bersama mereka.

"Biarpun saya menjaringkan gol, Old Trafford sentiasa mengalu-alukan kehadiran saya. Bagi saya, ia antara kenangan terindah yang pernah saya miliki apabila menyarung jersi United," kata Ronaldo.

Sementara itu, penyerang United, Wayne Rooney mengakui yang Ronaldo adalah ancaman utama kepada The Red Devils.

"Dia seorang pemain yang luar biasa. Saya pernah beraksi dengannya dan saya tahu betapa bagusnya dia.

"Dia adalah pemain yang paling saya hormati dalam pasukan mereka, sebagai seorang pemain dan juga sebagai kawan lama." - Agensi




Tags:Liga Juara-Juara Eropah, Manchester United vs Real Madrid

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib

BARU! Lagu Lagu Raya 2017

LAGU RAYA BARU:

KOLEKSI SENARAI LAGU RAYA POPULAR :