Awie & Erra Bersatu Semula?

Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Ruzana Misbun telah beri keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas kekasihnya, Erra Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, sebelum itu telah memberitahu perkara tersebut kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham. Awie yang merupakan hos Tunggu Sekejap dan Erra telah digandingkan bagi menjayakan rakaman rancangan itu musim kedua yang berlangsung di studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Khamis lalu.Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun 1998.

Berikut penjelasan Awie:


Apa Reaksi Isteri Awie?
"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.

"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)," katanya yang dihubungi mStar Online petang Jumaat.



Kenapa Awie Kurang Senang?

"Perlu diingat apabila bekerja di bawah satu industri yang sama, pergilah ke mana sekalipun kita pasti akan berjumpa.

"Sebenarnya saya tak suka komen tentang hal ini, kami tidak ada masalah apa-apa pun. Cumanya... masalah akan timbul jika ada orang yang tidak senang dengan kami," ujarnya.

Awie Rancang Mahu Buat Konsert Dengan Erra?

"Jika masa mengizinkan, konsert ini bakal berlangsung pada tahun ini, tetapi semuanya masih lagi dalam perancangan.

"Saya percaya konsert ini pasti memberi kenangan pada zaman filem Sembilu yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1994.".

 Pilihan Berkaitan:



Tags:Berita Hiburan, Lirik Lagu, Awie, Erra Fazira









No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib