Mahu Tahu Keputusan SPM Najwa Latif?


Najwa Latif Dapat 4A SPM
Najwa Latif
Penyanyi Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18 telah menerima keputusan  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan pada Khamis.
Keputusannya? Jeng Jeng! Jeng!

4A!

Tahniah diucapkan. Apa kata Najwa?
"Saya terlalu takut sehingga tidak mahu ke sekolah untuk mengambilnya, saya cuba mendapatkannya melalui dalam talian tetapi tidak berjaya.
" Namun selepas kakak telefon beritahu bahawa saya dapat 4A baru saya rasa lega kerana saya menjangkakan kurang daripada itu,"
Antara subjek yang Najwa dapat A ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik. Manakala enam mata pelajaran lain dia lulus.
Najwa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim ini merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris.
"Saya merancang untuk sambung pelajaran selepas ini di universiti, Insyaallah bulan Jun baru keluar keputusan permohonan untuk kemasukan ke universiti.
"Kalau boleh harapan saya adalah untuk menjadi pensyarah Bahasa Inggeris suatu hari nanti," katanya.
"Sebelum sambung pelajaran saya akan fokus dengan promosi single Sahabat dan video klip, selain itu juga saya akan keluar single terbaru berjudul I love U.
"Kalau sambung pelajaran nanti saya perlu bahagikan masa dengan aktiviti pembelajaran pula," katanya.

sumber: mstar

 Pilihan Berkaitan:

Tags:berita hiburan

4 comments:

  1. bape A+,,B+ ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. c+ la bodoh...sodeh la ku ini...itu pun tak tahu

      Delete
  2. Replies
    1. nx jupe najwa latif juga leh x ???

      Delete

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib