Hanya Artis Yang Tak Ada Otak Kutuk Saya - David Teo
Memang pedas! Tapi itulah yang disuarakan penerbit filem melayu yang berjaya, David Teo yang menganggap mana-mana bekas artis naungan Metrowealth International Group (MIG) yang mengutuk pengurusan syarikatnya disifatkan sebagai 'tidak ada otak'.
Berikut isi kandungan kata-kata tajamnya:
"Pada pendapat saya hanya artis yang tidak ada otak yang kutuk saya sedangkan yang ada otak atau dalam erti kata lain yang bijak elok sahaja dengan MIG.
"Cuba lihat contoh seperti Lisa Surihani, Maya Karin dan Farid Kamil, mereka tidak pernah memberi masalah dan kami juga senang bekerjasama dengan mereka.
"Artis baru seperti Wawa Zainal, kami juga senang bekerjasama dengannya. Tidak ada pula saya dengar mereka tidak puas hati dengan MIG," katanya.
David diminta mengulas kenyataan Aeril Zafrel pada 23 Februari lalu yang merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir staf MIG. Malah budaya dan politik kotor pekerja syarikat itu dikatakan banyak telah mempengaruhi keputusan David Teo dan pada masa sama dikatakan telah mencampuri urusan peribadi Aeril sehingga dirinya berasa seperti anak kecil.
David: Aeril tak patut buat begitu!
"Sebagai syarikat pengurusan, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga dan menyimpan segala rahsia artis-artis kami.
"Tetapi sayangnya, mana-mana yang keluar daripada MIG, ada yang mengutuk kami pula.
"Dan kepada Aeril, tahukah dia banyak rahsianya yang pihak kami simpan? Jika saya buat kenyataan, pasti dia juga yang malu. Malah kontrak dia dan pihak kami juga belum lagi tamat sebenarnya," ujarnya.
-mstar
Pilihan Berkaitan:
Tags:David Teo, Aeril
No comments:
Post a Comment
Komen di sini