PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Fira Ayuni ( Slot Samarinda TV3)

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni


Fira Ayuni adalah Drama Terbaru TV3 dalam slot Samarinda. Ia membawa kita menyelurusi laluan perjalanan hidup seorang gadis manja berusia 21 tahun yang bernama Fira Ayuni (Faralyna Idris) yang belajar di sebuah kolej dan mempunyai kehidupan yang lengkap serba serbi. Satu-satu masalah Fira Ayuni adalah senior yang suka mencari fasal bermula sejak orientasi lagi, Dunggi.

Hidup Fira Ayuni berjalan lancar hinggalah ibunya, Datin Shamsiah telah meninggal dunia akibat kanser dan kejadian itu mengubah segala-galanya termasuk sikap bapanya yang dilanda kemurungan akibat kehilangan isteri tersayang.

Selepas itu, Fira Ayuni membawa diri dengan tinggal bersama mak ciknya. Dia bertemu semula dengan Dunggi namun pertemuan itu telah membawa kepada coretan hitam dalam hidupnya apabila mereka ditangkap khalwat.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Bagaimana Fira Ayuni cuba mengatasi semua ujian dalam hidupnya? Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul ‘Fira Ayuni’, mulai 24 September 2013, setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3. Jangan risau sekiramya anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menonton semua episod di portal www.tonton.com.my.

Pelakon: Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana dan ramai lagi
Mula siaran: 24 September 2013,
Hari & waktu siaran: setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3.
Saluran: TV3

Pilihan Berkaitan:



Tags:Sinopsis Fira Ayuni ( Slot Samarinda TV3), Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib