Perkahwinan Zain dan Rozita Che Wan Dihalang?

Zain dan Rozita Tidak Sabar


Sudah pasti para peminat aktres bergaya, Rozita Che Wan dan aktor kacak, Zain Saidin ternanti-nanti berita persandingan gilang-gemilang pasangan popular ini. Seperti dijangka mereka juga sibuk menghitung hari sambil mempersiapkan apa yang patut bagi melangsungkan majlis itu nanti.

Namun di sebalik semua keceriaan, ada ujian getir yang terpaksa mereka tempuhi dalam meniti kebahagiaan bersama. Apakah ujian itu? Benarkah ada pihak yang mahu menghalang perkahwinan mereka?


Ada Pihak Hasut Zain Benci Che Ta


Berikut luahan hati Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29,kepada mStar Online mengenai pihak berkenaan yang menghasutnya agar membenci Rozita, 40, dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.


“Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas,” 


“Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri,”


Bila dan Di mana perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin?


Zain dan Rozita akan diijabkabulkan pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam .

 Pilihan Berkaitan:


Tags:Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain, Saidin, Berita Hiburan

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib