PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Filem Vikingdom + Trailer Video

Sinopsis Filem Vikingdom + Trailer Video


Filem Vikingdom merupakan kisah mitos berdasarkan legenda Skandinivia, Viking dan puisi epik  yang mereka tinggalkan."Vikingdom" merupakan sebuah kisah fantasi, pengembaraan  seorang raja yang dilupakan, Eirick, yang ditugaskan dengan misi mustahil iaitu mengalahkan Thor, Dewa Halilintar.

Dalam pada itu Thor mempunyai misi untuk mengumpul  kunci purba - "Mjolnir" - tukul dari Valhalla, "Kalung Mary Magdalene" dari Mitgard dan "Horn" dari Helheim. Ini perlu dicapai sebelum Gerhana berdarah, yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika tidak, dewa-dewa pagan Viking tidak akan dapat memerintah dan menakluk manusia lagi. Hanya seorang yang boleh menghalang Thor daripada terus berkuasa ...Eirick, si mayat hidup.

Berjayakah dia mengalahkan Dewa Thor? Bagi mengetahui kesudahan kisah legenda yang menarik dan menghiburkan ini saksikanlah tayangannya di pawagam-pawagam berdekatan anda! Sokonglah hasil karya anak tempatan Malaysia yang turut menggegar pawagam di Amerika Syarikat ini. Selamat terhibur:)

Penerbit: KRU Studios
Mula Tayangan: 12 September 2013
Pelakon: Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).
Pengarah: Yusry Abd Halim


Pilihan Berkaitan:




Tags:Sinopsis Filem Vikingdom + Trailer Video, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib