Johor Darul Takzim Menang 2-0 Tewaskan Tok Gajah
Nampaknya Johor Darul Ta'zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan juara 3 Piala tahun lalu. JDT menang bergaya dengan jaringan 2-0 ke atas Pahang untuk muncul juara perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah.
Marcos Antonio dari Brazil dan Luciano Figueroa (Argentina), menjadi hero pasukan JDT setelah menyumbat gol pada pada minit ke-37 dan ke-58. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ini menjadi saksi Johor Darul Takzim berjaya mengakhiri kemarau piala berkenaan selama 29 tahun.Sebagai rekod, Harimau Selatan kali pertama menang perlawanan sumbangsih pada 1986.
JDT kini melaungkan amaran buat pasukan lain setelah memperolehi tiga mata dalam kedudukan Liga Super 2015 manakala Pahang pula yang kurang menyengat perlu usaha lebih keras lagi seandainya mahu mengekalkan prestasi mengagumkan tahun sebelumnya.
Perlawanan hebat ini disaksikan kira-kira 25,000 penonton di mana JDT menguasai keseluruhan babak pertama.Ia turut disiarkan secara langsung di TV1 dan TV3.
tags: liga malaysia 2015, Pahang, JDT, Harimau Selatan, liga super, keputusan, final, piala sumbangsih, 2015
No comments:
Post a Comment
Komen di sini