PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Rihanna Bercinta Dengan Leonardo DiCaprio?

Rihanna Dilihat Makin Kerap Bersama Leonardo DiCaprio



Memang Hangat! Namun inilah gosip terbaru yang melanda dunia Hollywood. Aktor Filem Titanic, Leonardo DiCaprio dilaporkan nampak mesra dengan penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella, Rihanna.

Menurut sumber, Leonardo, 40 mula merapati Rihanna, 26, selepas dia putus cinta dengan model Jerman, Tony Garrn tahun lalu. Dia dikatakan kerap mengantar mesej kepada Rihanna.

Walaupun dilaporkan semakin mesra namun hubungan berkenaan belum pada tahap lebih serius. Kedua-dua pasangan itu dilihat lebih senang menghabiskan masa bersama untuk bergembira. Pertama kali mereka bersama dalam sebuah pesta di Los Angeles pada Mei 2009 dan di satu festival pada 2011.

Majalah Us Weekly turut melaporkan mereka banyak berdua-duaan dan Leornado jugaada berkunjung ke rumah Rihanna.

Pada 14 Januari lalu mereka dilihat berbual selama dua jam di Sunset Marquis Hotel, West Hollywood sebelum keluar untuk berpesta. Apa pendapat anda? Adakah mereka pasangan yang secocok? Apa pula kesudahan kisah cinta mereka ini? Sama-sama kini tunggu dan lihat!

Tags:Hiburan, Rihanna, Leonardo DiCaprio

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib