Kim Kardashian Sokong Bapa Tiri
Menjadi selebriti dan seorang anak bukanlah suatu tugas yang mudah. Terutama apabila menghadapi kontroversi yang melibatkan keluarga anda sendiri. Itulah yang terpaksa diharungi oleh Kim Kardashian baru-baru ini. URA-URA yang bertiup kencang menyatakan bapa tirinya mahu menukar jantina menyebabkan bintang realiti terkenal ini harus tampil menyatakan pendirian.
Dia walaubagaimana pun memilih untuk mempertahankan dan memberi sokongan kepada bapa tirinya Bruce Jenner yang merupakan seorang bekas atlet.
Berikut adalah kata-kata Kim Kardashian yang dipetik E!Online:
"Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya," kata Kim.
Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.
Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat. Dada Bruce dilihat besar dan dia mengenakan baju dalam wanita.
Dia juga menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya serta mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.
Tags: Kim Kardashian, berita hiburan, hollywood
No comments:
Post a Comment
Komen di sini