PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Cinta Jangan Pergi


Sinopsis: Cinta Jangan Pergi

Pelakon: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob

Waktu Siaran: 8:30 Malam ( Sabtu dan Ahad)

Saluran: TV9

Kerancakan seleksi drama menarik di TV9 pada tahun 2013 bakal diserikan lagi dengan kemunculan sebuah drama bersiri yang paling dinantikan pada tahun ini iaitu Cinta Jangan Pergi (CJP). Drama bersiri yang bakal menyentuh hati dan perasaan penonton setia TV9 ini akan mula disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April nanti.

Cinta Jangan Pergi menampilkan pelakon lelaki terbaik filem ASK 2011 Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai watak utama. Keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih, dalam drama dan filem Nur Kasih, telah mencetuskan idea pengarah berkaliber, Khabir Bhatia untuk meneruskan rantaian keserasian mereka menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini. Cinta Jangan Pergi ini tidak hanya bersandarkan pada kekuatan kedua pelakon itu sahaja, malahan turut dibantu oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob yang menjadi penguat kepada jalan cerita drama ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “TV9 menawarkan variasi pilihan drama terbaik yang menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dan pemilihan produksi yang berkualiti. Cinta Jangan Pergi merupakan ganjaran istimewa untuk penonton setia TV9 atas sokongan mereka selama ini. Drama 26 episod yang berlatar belakangkan tempat-tempat menarik sekitar Eropah dan Malaysia ini menjanjikan kelainan hasil gandingan hebat pengarah Kabir Bhatia bersama isterinya, Amira Mustaffa selaku penulis skrip. Pemilihan pelakon-pelakon yang pernah menerima anugerah berprestij seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa pasti akan menjadikan Cinta Jangan Pergi drama yang dinanti-nantikan pada tahun ini!”.

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.

Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil? Pastikan anda sudah bersedia untuk menantikan siaran episod pertama drama Cinta Jangan Pergi yang membariskan ramai pelakon kegemaran anda pada April nanti hanya di TV9!.

Pilihan Berkaitan:


Tags:Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib