Bintang Pirates Of Caribbean Cipta Kejutan di Hari Perkahwinan.
Seluruh para peminat industri hiburan antarabangsa pasti sudah tahu tentang perkahwinan bintang Pirates Of The Caribbean, Keira Knightley, 28, dengan vokalis kumpulan pop, Klaxons, James Righton, 29, pada majlis tertutup di La Mairie Hall di Mazan, Perancis.Tetapi apa yang para peminat lebih mahu tahu apakah pilihan fesyen hari bahagiannya? Khabarnya perkahwinan ini bakal menjadi wedding of the year seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Indah khabar dari rupa.
Jangan terkejut kerana majlis besar di sebuah ladang mewah yang kecoh diperkatakan sebelum ini , hakikatnya hanya satu majlis sederhana. Buktinya cuma 11 tetamu hadir termasuk anggota kumpulan suaminya itu. Selepas pernikahan, pasangan terbabit diraikan di kediaman keluarga Keira, yang dihadiri hanya 50 jemputan sahaja.
Berikut adalah gambar perkahwinan Keira dan suaminya.
Keira sekadar mengenakan gaun balerina putih susu, yang pernah digayakan pada 2008, dipadan bersama jaket rona senada daripada Chanel yang dilengkapkan sepatu rata.
Apa Penjelasan Keira Knightley?
“Biarpun tampil dengan gaya bohemian, aura pengantin masih jelas terserlah apatah lagi saat dia memakai kalungan bunga di kepala dengan rambut panjang yang sengaja dilepas. Senyuman manis pula sentiasa terukir di bibirnya,” kata sumbernya.Tags:Keira Knightley, kahwin, foto
No comments:
Post a Comment
Komen di sini