PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Drama Teduhan Kasih (Akasia TV3)

Drama Akasia TV3: Teduhan Kasih


Anda perasan tak semenjak kebelakangan ini kebanyakan drama dan filem tempatan biasanya diadaptasi dari novel?
Mungkinkah para pembaca novel tidak puas dengan hanya menatap buku kegemaran mereka dan mahu melihat sendiri watak-watak kegemaran mereka di kaca tv atau layar lebar? Emmm...Mungkin juga. Apa pendapat anda?

Kini satu lagi hasil drama adaptasi novel karangan Marissa, berjudul Teduhan Kasih sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam. Kepada para penggemar drama dan novel melayu pasti tidak ketinggalan mengikuti drama menarik ini bukan?

Berikut sinopsis Drama Teduhan Kasih:

Teduhan Kasih menyorot kisah kecekalan seorang isteri bernama Iffa dalam menghadapi gelombang alam perkahwinan. Suami dirampas rakan baik sendiri, dibenci ibu tiri dan diceraikan dalam keadaan sarat mengandung antara rencah onak duri yang terpaksa dihadapinya.
Lebih memeritkan apabila dia terpaksa bersalin di rumah ibu tirinya.
Penderitaan yang disangka tiada berpenghujung tiba-tiba berubah sejurus dengan kehadiran Ehsan. Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat.

Apakah Ehsan merupakan penyelamat kepada hidup Iffa yang teruk? Atau adakah hanya sekadar penambah derita?
Saksikan drama yang penuh air mata ini di TV3 mulai Mei 2013. Sekiranya tidak dapat menonton di tv anda juga Boleh Menontonnya secara Online Klik Link ini. (Tonton Online Teduhan Kasih).

Waktu Siaran:setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam

Saluran: slot Akasia TV3

Pelakon:Adi Putra ( Ehsan), Sherry Ibrahim( Iffa),Nabila Huda (Ayu), Shah Iskandar (Ryzal).

Pilihan Berkaitan:



Tags:Sinopsis Drama Teduhan Kasih (Akasia TV3), Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib