PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sah Alex Ferguson Bersara! Siapa Penggantinya?

Sir Alex Ferguson sah Bersara

27 tahun merupakan satu tempoh yang cukup panjang. Dalam dunia bola sepak, susah mencari pengurus yang mampu mengekalkan kedudukan mereka serta mencapai banyak kejuaraan dalam jangkamasa ini. Apatah lagi dengan hanya satu kelab yang sama. Namun hakikatnya itulah yang berjaya dilakukan Alex Ferguson di kelab bola sepak Manchester United.


Detik Gemilang dan Kejayaan Ferguson


Berkat kesabaran, kegigihan dan usaha kerasnya sejak menjawat jawatan di Old Trafford pada 1986, Ferguson telah berjaya memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Liga Juara-Juara dan lima Piala FA.

Maka tidak hairanlah sekiranya berita persaraan beliau bukan sahaja menjadi perbualan hangat di kalangan para penyokong tegar Manchester United malah menarik minat peminat bola sepak umumnya.

Walaupun menerima hakikat bahawa ALex Ferguson pasti akan bersara akhirnya namun ramai para peminat MU masih berharap perkara itu tidak berlaku dalam jangkamasa terdekat. Apatah lagi semasa mereka baru menjulang Kejuaraan kali ke-20. Pastinya persoalan sama ada bakal pengganti Ferguson akan dapat menyaingi kehebatannya  mencetuskan kegusaran kepada peminat United kini.

Persoalannya siapa pengganti jawatan penting ini? Adakah dia cukup bagus untuk United?

Siapa Pengganti Ferguson?


Walaupun belum disahkan namun terdapat desas-desus kuat yang mengatakan David Moyes, pengurus Everton kini bakal menggantikan Alex Ferguson.

Apa Kata Ferguson?

Penting bagi saya untuk meninggalkan organisasi ini pada tahap terbaik dan saya rasa saya sudah melakukannya,” 

Kualiti skuad juara liga ini, dan pemain muda yang ada, mampu meneruskan kejayaan ini pada tahap tertinggi manakala struktur pembangunan pemain remaja akan memastikan masa depan kelab terjamin.”

“Saya perlu menyatakan penghargaan saya kepada keluarga saya, kasih sayang dan sokongan mereka cukup penting selama ini,” katanya.

Masa Depan Ferguson.

Dia bagaimanapun dikatakan akan terus bersama kelab Manchester United sebagai pengarah dan duta.

Pilihan Berkaitan:


Tags:Alex Ferguson, Manchester United, berita bersara, Berita sukan

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib