PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis drama Kalau Bukan Aku (Azalea TV3)

 Drama Kalau Bukan Aku Tv3 

Pelakon          : Syatilla Melvin, Erry Putra, Ziela Jalil, Sura Sojangi, Mak Wan dan Zaidi Omar

Penerbit          : Global Station Sdn. Bhd

Jumlah episod: 17
Pengarah        : Emi Suffian Abd Sabhe
Penulis            : Rozie Rashid dan Hairani Indah.

Tarikh Mula   : 25 April 2013


Sinopsis


Apa bakal berlaku apabila seorang pemuda Autisme yang dipinggirkan keluarganya dijodohkan dengan seorang janda bermasalah? Lebih teruk lagi bagaimana seandainya si isteri tidak dimaklumkan mengenai kekurangan bakal suaminya sehingga hari mereka telah dinikahkan?

Sudah tentu pelbagai kesulitan akan melanda pasangan itu. Mungkin juga boleh membawa kepada perceraian dan sebagainya. Namun bagaimana sekiranya perkahwinan tersebut boleh menyelesaikan masalah hutang si isteri? Sanggupkah dia bertahan dengan kekurangan suaminya? Atau mungkinkah akhirnya akan lahir cinta yang tulus dan ikhlas?


Dijodohkan Dengan Pemuda Autisme


Walaupun kita jarang-jarang disajikan dengan kisah orang kurang upaya namun kisah itulah yang cuba dipaparkan menerusi drama terbaru slot Azalea di TV3 dalam 'KALAU BUKAN AKU'.

Semuanya bermula daripada sikap tidak mahu menerima kenyataan, Tuan Raqim (Zaidi Omar) dan isterinya, Puan Zalia (Ziela Jalil). Bagi mengelak rasa malu, anak lelaki mereka Umar diserahkan dalam jagaan pembantu rumah mereka, Cik Nomi (Mak Wan).
Selepas Umar dewasa, Cik Nomi yang rasa terbeban dengan tanggungjawab itu bertindak drastik dengan mencarikan jodoh untuk Umar. Memandangkan keadaan Umar yang kurang upaya dia memikirkan jalan bagaimana mahu menjadikan rancangannya kenyataan.


Akhirnya Nurin menjadi wanita pilihan untuk berkahwin dengan Umar. Ini kerana Nurin sedang menghadapi masalah dengan Along. Hanya perkahwinan itu sahaja dapat membantunya melangsaikan hutang bekas suaminya. Jadi tanpa banyak berfikir lagi, dia pun menerima tawaran Cik Nomi. Lagipun siapa yang tidak mahu berkahwin dengan anak orang kaya?

Kebenaran Terbongkar


Walaupun rasa tertipu pada mulanya, namun Nurin tetap bersabar dan bersedia menerima takdir hidupnya. Namun satu persatu cabaran melanda termasuk dirinya yang mengandung anak lelaki lain. Apa yang berlaku? Adakah Nurin sanggup berlaku curang semata-mata kerana suaminya kurang upaya? Bagaimana penerimaan ibu dan bapa mertuanya, Umar sendiri?

Apa pula yang harus Nurin lakukan? Patutkah dia terus berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku?
Saksikan drama penuh konflik ini di TV3 dalam slot Azalea dan nantikan kesudahannya.


OST, Lagu Tema Kalau Bukan Aku



Video Lagu Penuh OST Kalau Bukan Aku ( Ku Percaya Ada Cinta-Siti Nurhaliza)




Lirik Lagu Ku Percaya Ada Cinta-Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti

Chorus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ulang *
Ulang Chorus
Ulang *

Ada hikmah yang pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Pilihan Berkaitan:




Tags:Sinopsis Drama kalau bukan aku, Drama TV3, Azalea, OST kalau bukan aku Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib