PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Konsert Akademi Fantasia 9 Laika Pelajar Pertama Terkeluar

Konsert AF9: Laika Pelajar Pertama Tersingkir


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2011: Jangkaan ramai pihak yang tiada penyingkiran di konsert pertama Akademi Fantasia 9 (AF9) nyata meleset apabila Laika diumumkan sebagai pelajar pertama meninggalkan Akademi Fantasia musim terakhir ini sebentar tadi.

Laika atau nama sebenarnya Zulaika Binti Zahari, 22, yang berasal dari Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan akademi setelah mendapat AFUNDI terendah berbanding 11 rakannya yang lain. Laika menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow untuk konsert pertama ini yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jali.

Pengumuman pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir bukanlah sesuatu yang asing dalam tradisi Akademi Fantasia. Sejak bersiaran selama lapan musim lalu, tujuh daripadanya melihat pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir. Pengumuman penyingkiran Laika dibuat oleh hos AF9, Aznil Haji Nawawi.

Terdahulu di awal konsert, Aznil turut mengumumkan pengkritik-pengkritik tetap untuk AF9 iaitu Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Hattan. Manakala Adibah Noor bertindak sebagai pengkritik jemputan. Dina dan Zizan Raja Lawak tampil sebagai artis jemputan menyanyikan lagu Selamat Tinggal.

Dengan penyingkiran itu, kini tinggal 11 pelajar bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara terakhir untuk program realiti ini.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).


Keywords: laika af9, AF9, uji bakat af9, hos af9, pelajar af9, tenaga pengajar af9, Akademi Fantasia, Akademi Fantasia Musim Ke-9, akademi fantasia musim 9, Bintang AF, Aznil Hj Nawawi,Konsert Akademi Fantasia 9 Laika Pelajar Pertama Terkeluar

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib