PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Shaheizy Sam Menang Bintang Paling Popular

Tuah Pelakon Ngangkung

GENTING HIGHLANDS: Aktor filem Box Office Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk dinobatkan gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.
Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular - Yuna




Biodata Shaheizy Sam
 Nama             :Shaheizy Sam Abdul Samad
Lahir               :4 Sept 1982(1983-01-01)
 Tempat lahir:
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, Pemuzik, Rapper
Tempoh aktif 1994–kini
Shaheizy Sam bin Abd Samad  ialah seorang pelakon Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja ketika era 1990-an sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009 dan filem pecah panggung Adnan Sempit pada tahun berikutnya.

Di sini bermula: keluarga seni

Sam ialah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik kepada dramatis, Khaty Fudziah Musa bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman.
Tiga lagi adik beradiknya terlibat dalam bidang seni iaitu salah seorang abangnya Ahmad Shah Al-Jeffry yang pernah menempa nama sebagai ahli kumpulan pop 90-an, A to Z. Kakaknya, aktres '''Zizie Ezette''' pula terkenal sebagai salah seorang aktres ternama yang banyak membintangi drama-drama bermutu serta pernah dua kali meraih trofi Aktres Terbaik. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette pula sekadar mencuba nasib dalam bidang lakonan selama beberapa tahun dan kini aktif dalam bidang perniagaan.
Sam mempunyai seorang lagi kakak yang tidak terlibat dalam bidang seni iaitu Jozieta Ronalie Abdul Samad.
Penglibatan keluarga Mummy Khaty dalam bidang seni bertitik-tolak daripada pembabitan Zizie Ezette dalam bidang lakonan ketika berusia 14 tahun serta kemunculan Jeff bersama A to Z pada 1996.
Semuanya bermula setelah kematian bapa Sam pada 9 April 1995 akibat kanser yang kronik. Allahyarham sempat menitip pesan kepada Khaty untuk menentukan hala tuju keluarga. Ibu tunggal lima anak itu berkata, ketika itu suaminya menyuruh dia memilih sama ada bekerja di pejabat atau menemani Zizie ke lokasi penggambaran. Menurut Kathy, jika dia mahu Zizie menjadi pelakon, dia perlu berhenti kerja kerana arwah suaminya bimbangkan keselamatan anaknya itu.
Apabila Zizie mendapat tawaran berlakon filem Kekasih Awal dan Akhir pada 1993, suaminya memberikan kata dua itu. Demi menyahut cabarannya, Khaty sanggup berhenti kerja dan menemani Zizie hingga dirinya pula ditawarkan menjadi pelakon. Walau mulanya suami tidak suka anak-anak jadi artis, akhirnya Allahyarham merestui.

Zaman awal sebagai pelakon kanak-kanak (1995-1999)

SETELAH kejayaan Zizie dan Jeff, Sam akhirnya menurut jejak langkah apabila muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Sama Tapi Tak Serupa ketika beliau berusia 12 tahun. Ketika itu Sam bergandingan bersama pengacara terkenal, Aznil Nawawi serta kakaknya sendiri.
Pada tahun 1998, selepas tamat menduduki peperiksaan PMR, Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman. atau lebih dikenali sebagai Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.

Menghilang dan pembabitan dalam bidang muzik (2000-2005)

SELEPAS diperkenalkan menerusi telemovie Pae, nama Sam terus sepi dalam dunia lakonan. Barangkali kerana impak besar terhadap watak Pa'e, tiada pengarah yang berani menawarkan watak baru buat Sam. Sejak itu Sam banyak menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga tamat sekolah pada tahun 2001.
Begitupun, Sam yang berusia 18 tahun ketika itu pernah memasang niat untuk menyambung pelajaran dalam kursus kejuruteraan bunyi kerana Sam memang meminati bidang muzik berbanding lakonan. Selain duduk saja di rumah, Sam juga memperlengkaplkan diri untuk menjadi pemuzik dengan mempelajari gitar dan keyboard serta sudah mula menubuhkan kumpulan vokalnya sendiri yang lebih cenderung membawa muzik irama hip hop dan R&B.
Bersama Syed Hussein atau Sein (yang kemudiannya menyertai Ruffedge)dan Shear Khan serta Haziman Ramli, mereka menubuhkan kumpulan rap M.O.B dan bergerak secara underground sebelum kerjaya seni mereka direncanakan oleh A to Z Production.
Malangnya perancangan awal Kumpulan M.O.B untuk bernaung dibawah A to Z Productions tidak kesampaian. M.O.B bagaimanapun mendapat peluang untuk bekerjasama dalam pembikinan album penyanyi tersohor Syafinaz Selamat berjudul Syyhh... Album perhargaan kepada komposer lagenda Ahmad Nawab yang diterbitkan oleh maestro muzik dan kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Saluran 8TV, Ahmad Izham Omar menerusi label Positive Tone itu menampilkan Sam dan kumpulannya berkolaborasi dalam lagu nafas baru penyanyi Broery Marantika berjudul Rinduku Rindumu. Lagu itu memanjat carta utama radio pada tahun 2001 sekaligus memperkenalkan M.O.B sebagai salah sebuah kumpulan hip-hop yang sedang mencipta nama.
Pun begitu sinar M.O.B tidak seterang seperti yang diharapkan. Setelah berpeluang merakamkan projek-projek kerjasama bersama kumpulan-kumpulan hip hop yang lain, M.O.B tidak berpeluang merakam album studio sendiri. 2 buah lagu lain yang pernah dirakamkan oleh M.O.B adalah lagu "Foo" dan "Don't Cha Worry" (menampilkan Ruffedge).
Pada tahun 2003, ketika berusia 20 tahun Sam kembali ke pentas lakonan apabila diberi peluang untuk muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son. Bergenre seram dramatik, The Son merungkai psikologi remaja berusia 15 tahun yang berhubungan dengan sepasang suami isteri. Remaja lelaki lakonan Sam itu yang suka memberontak, mendapat perlindungan di rumah pasangan suami isteri di mana masing-masing melayannya dengan cara tersendiri. Si isteri menunjukkan kasih sayang tetapi suami pula bersikap dingin. Bermula dari kekeliruan itu, remaja berkenaan mula mencari jawapan dan kebenaran. Menerusi filem digital yang disiarkan menerusi slot televisyen Odisi di ntv7 ini, Sam berpeluang bekerja bersama pelakon-pelakon veteran seperti Afida Es, Yalal Chin dan Hashim Osman.

Kemunculan semula dalam bidang lakonan (2006 - 2008)

AGAK lama menyepi dan tenggelam timbul dalam bidang lakonan, hanya ketika beliau berusia 24 tahun Sam memilih untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

Sam dalam drama Noda Semalam
Aktif membintangi drama-drama TV seperti Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam dan Kasanova XXL, bakat lakonan Sam yang pernah mekar suatu ketika dulu kini digilap semula. Sam yang mengakui tidak gemar menghadiri proses ujibakat dan hanya bergantung kepada tawaran daripada rakan-rakan dalam industri kini bersedia untuk menjadi pelakon handalan yang dipuja ramai.
Shamsul Yusof memberanikan diri menawarkan watak antagonis untuk Sam, biarpun atas dasar persahabatan, Sam memberikan persembahan memberangsangkan hingga mendapat pujian pengkritik filem dan media. Lakonan Sam sebagai Acai, mat rempit mereng dan panas baran mendapat tempat di hati juri hingga Sam menerima pencalonan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke 23 pada tahun 2009. Biarpun tewas kepada pelakon remaja Shafie Naswip yang mempamerkan lakonan mengusik jiwa dalam filem Talentime, lakonan Sam tetap diberi perhatian ramai dan dijangka akan mengungguli FFM yang akan datang.

Populariti terus memuncak (2009- kini)

Jodoh Sam bersama studio perfileman gergasi, Metrowealth Movies Production terjadi apabila pelakon Pierre Andre menarik diri daripada membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak, arahan Ahmad Idham akibat pergeseran pelakon dan pengarah muda itu dengan penerbit David Teo. Ekoran itu, belumpun sempat Sam membuktikan bakat lakonannya menerusi filem Bohsia (kerana filem itu belum ditayangkan), beliau diberi peluang untuk memegang watak Johan dalam filem itu, tambahan Sam pernah memegang watak kecil dalam sebuah lagi filem MMP iaitu Syurga Cinta. Sejak itu Sam begitu aktif membintangi filem-filem terbitan MMP dan kesemua filem lakonannya mencatat kutipan box-office.
Pada tahun 2010, Sam muncul dengan filem Adnan Semp-it dan ternyata filem tersebut meraih kutipan memberangsangkan serta paling tinggi dalam sejarah kutipan hari pertama filem di Malaysia. Sam yang sekali lagi memegang watak Mat Rempit yang kali ini bersikap hopeless romantic ini ternyata membuka mata penggiat seni akan bakat semulajadi yang tidak sempat digilap yang dimiliki oleh Sam ini.
Sam dijangka dengan mudah akan meletakkan namanya sebagai pelakon lelaki tersohor dekad baru ini selain berjaya menempatkan diri sebagai antara pelakon berkarektor yang mempunyai nilai komersial dalam bidang lakonan.Kehidupan peribadi
Pada tahun 2008, Sam dilaporkan hangat mengulit cinta dengan pelakon baru, Tengku Putri Najwa (Wawa) yang popular menerusi drama Dari KL ke Queenstown. Kemesraan mereka disaksikan media ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-21. Difahamkan, hubungan yang terjalin lebih setahun itu mendapat restu kedua-dua keluarga, cuma Sam dan Wawa buat masa ini mahu memberi tumpuan pada karier seni.
Awal tahun 2010, Sam dilaporkan kembali solo. Kesibukan berlakon menyebabkan beliau tidak ada masa untuk berfikir soal untuk menamatkan zaman bujangnya. Sam kini suka menghabiskan masa bersendirian dengan menonton filem sekali gus mengembangkan minda. Aktiviti lain kegemarannya ialah ke pusat beli belah dan bersembang dengan kawan di laman sosial Facebook.
Sam yang pernah putus cinta dua kali juga mengakui belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hati setelah putus dengan Wawa juga mencari wanita yang memenuhi ciri-ciri yang diimpikan seperti suka tersenyum dan tidak cakap banyak. Selain itu, dia mestilah mempunyai ciri-ciri wanita sejati. Sam juga tidak kisah dia daripada golongan artis atau tidak.


Kewords: shaheizy sam, Shaheizy Sam Menang Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam Bintang Paling Popular, keputusan ABPBH, Shaheizy Sam terpopular, Gambar Shaheizy Sam, Shaheizy Sam , Biodata Shaheizy Sam


1 comment:

  1. wowww!!! padatnya info! selamat sy bkn pminat kalo x hbes 1 entry sy copy. lol~

    ReplyDelete

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib