Majlis Persandingan Kate Middleton dengan Putera William

Raja simbol penyatuan bangsa

TIGA hari lagi Putera William akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kate Middleton pada 29 April ini. Seperti perkahwinan bapanya Putera Charles dengan ibunya Puteri Diana, perkahwinan Putera William juga bakal mencipta sejarah apabila ia dijangka disaksikan berjuta-juta penduduk dunia melalui siaran langsung televisyen.

Selain itu, perkahwinan Putera William yang merupakan pewaris kedua kepada takhta Diraja Britain dijangka turut dihadiri kira-kira 1,900 tetamu termasuk kerabat diraja asing dan selebriti.

Upacara perkahwinan diraja tersebut turut akan dihadiri 40 kerajaan diraja termasuk Putera Albert dari Monaco, wakil-wakil dari 100 negara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Perkahwinan Putera William juga akan mencipta sejarah kerana buat pertama kali perkahwinan diraja dapat ditonton melalui YouTube serta dapat mengikuti perkembangan terkini persiapan upacara itu menerusi laman sosial Twitter dan blog.

Upacara perkahwinan ibu bapa William pada 21 Jun 1981 dihadiri 3,500 tetamu kenamaan dari seluruh dunia dan disaksikan kira-kira 750 juta penduduk dunia melalui televisyen di banyak negara.

Malahan upacara perkahwinan ibu bapa William itu dicatat sebagai program paling popular pernah disiarkan melalui televisyen di abad ke-21.

Jika perkahwinan ibu bapa William dicatat sebagai upacara 'perkahwinan abad ini' di akhir abad ke-20, perkahwinan William bakal dicatat sebagai 'perkahwinan abad ini' di awal abad ke-21.

Segala persiapan yang dilakukan hampir sama seperti ketika perkahwinan diraja antara ibu bapa Putera William, mendiang Puteri Diana dan Putera Charles hampir 30 tahun lalu.

Sebahagian ibu kota London sudah dihiasi dengan bendera Britain bagi menyambut ketibaan detik bersejarah itu malah kerajaan Britain mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum.

Begitulah cara rakyat Britain menunjukkan 'cinta' mereka kepada raja mereka. Bukan sahaja jalan-jalan utama dihiasi dengan bendera Union Jack, malahan ramai yang teruja untuk hadir menyaksikan upacara perkahwinan diraja itu.

Jika rakyat Britain menyanjungi raja mereka sebagai simbol penyatuan bangsa, tidak banyak raja dan kerabat diraja di negara lain bernasib baik seperti kerabat diraja Britain itu.

Di sesetengah negara, misalnya di Nepal yang merupakan negara beraja paling lama di dunia sejak 1768, Raja Nepal terakhir Raja Gyanendra digulingkan rakyatnya sendiri pada 28 Disember 2007 apabila Dewan Perwakilan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mengisytiharkan Nepal sebagai sebuah republik.

Di bawah ini kad jemputan  Majlis Perkahwinan Kate Middleton dengan Putera William



Sumber: Utusan

Tags: Perkahwinan Kate Middleton dan Prince William, Kate and Will wedding, Putera William kahwin, persandingan Putera William dan Kate Middleton, upacara Perkahwinan Kate Middlleton dengan Putera William, sensasi Perkahwinan Kate Middlleton dengan Putera William, siaran langsung Perkahwinan Kate Middlleton dengan Putera William, kisah Perkahwinan Kate Middlleton dengan Putera William, gosip Perkahwinan Kate Middlleton dengan Putera William, Majlis Perkahwinan Kate Middlleton dengan Putera William, Majlis Pernikahan Kate Middlleton dengan Putera William, Siara langsung Will & Kate NTV7

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib