Akademi Fantasia 9
Suka AF9? Simpan di Facebook dan Twitter untuk update terkini !!!

Akademi Fantasia Musim ke-9 telah membuka tirai dengan Konsert Tirai AF9 yang bersiaran secara langsung dari AEON AU2 Setia Wangsa pada 2 April lalu.
Acara kemuncak AF9 bermula dengan Pelajar-pelajarnya diperkenalkan kepada para penonton. Selepas itu pula pengumuman pengetuanya.
Seperti dijangka, pengacara AF9 kali ini ialah Aznil Hj Nawawi. Beliau yang baru memenangi gelaran pengacara TV lelaki paling popular di ABP memang merupakan pengacara yang cukup berpengalaman dan mempunyai identiti tersendiri.
Senarai nama pelajar yang akan berentap di AF9kali ini ialah Afif, Amir, Azri, Erul, Khai, Raqib, Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Niera.
Pengumuman Pengetua AF9 pula dibuat di pertengahan konsert.
Amy Search merupakanh nama yang diumumkan sebagai pengetua baru. Dia kini memikul tanggungjawab menguruskan para pengajar dan pelajar-pelajar AF9.
Para pengajar yang diperkenalkan pula ialah terdiri daripada Adlin Aman Ramli yang dilantik sebagai guru seni persembahan, Ning Baizura (guru vokal persembahan), Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris), Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).
Sementara itu pengkritik AF9 hanya akan diumumkan pada minggu hadapan.
Dalam Konsert Tirai AF9 semalam, Amir yang merupakan dari Sarawak menjadi pelajar lelaki yang paling mencuri tumpuan dengan vokal dan pengawalan suara yang baik.
Lena yang berasal dari Sabah pula menjadi pelajar perempuan yang paling mantap.
Jangan lupa saksikan persembahan pelajar AF pada minggu depan. Ini kerana konsert sebenar AF9 akan secara rasminya bermula selepas penyingkiran pertama akan dilakukan. Teruskan dengan laporan dari kami...
Konsert Tirai AF9
Sila tonton video-video yang dipersembahkan Pelajar-pelajar AF 9 di bawah:
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: LENA
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: AMIR
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: AMY ( search) diumum sebagai PENGETUA AF
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: PEMBUKAAN 1
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: PEMBUKAAN 2
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: AZRI
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: AIDA
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: LAIKA
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: AFIF
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: NERA
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: RAQIB
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: MIZA
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9: KAY
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9:EKA
Video Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9:ERUL
Keywords:Konsert Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9, Video Konsert Tirai Akademi Fantasia , AF9, Akademi Fantasia 9,Persembahan Tirai Akademi Fantasia Musim ke-9, Amy search,Afif, Amir, Azri, Erul, Khai, Raqib, Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Niera.
No comments:
Post a Comment
Komen di sini