PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

OST, Sinopsis NilaPura

Sinopsis drama bersiri Nilapura

Nilapura mengisahkan pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas yang dipaksa berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam satu peperangan. Masing-masing sudah mempunyai kekasih dan saling membenci, selain mampukah perkahwinan Ratna dan Rangga boleh membawa kebaikan kepada dua negara itu?

Putera Rangga (Amar Asyraf) adalah anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin (Ramli Hassan), dari Nilapura. Selepas abangnya, Raja Murtaza terbunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga seorang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.


Rangga mempunyai hubungan sulit dengan Ulia (Ramona Zam Zam), isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam Kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia, Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga kepada anak Raja Bumida Bimasakti. Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tanpa rela hati.

Puteri Ratna Emas (Jue Aziz) pula ialah puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja.

Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab itu untuk memerintah Bimasakti.

Hubungan Ratna dengan Rangga mula berubah selepas Rangga diserang hendap Ghulam untuk merampas kuasa.

Rangga menjadi lumpuh dan terpaksa dirawat di istana Bimasakti. Dalam kesibukan untuk mentadbir negaranya, Ratna harus bertolak ansur dengan perangai suaminya yang degil dan kuat mengamuk.

Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra?

Nilapura lakonan hebat Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Hafiz Halim dan Ramona Zam Zam.

Drama ini hasil nukilan skrip dan arahan Wan Hasliza, drama bersiri 13 episod ini diterbitkan KL Motion.

tags: sinopsis nilapura, ost nilapura, drama aksi tv3, drama baru, nilapura, lagu tema nila pura, pelakon nila pura, episod akhir nilapura, tonton nila pura, lagu tema nilapura

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib