PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis,OST APA CELOP TV3 Drama

*Link (Apa Celop) LIRIK SEMUA LAGU Untuk Website & Blog Anda


Sinopsis,OST Slot Aksi, APA CELOP TV3 Drama


    Kisahnya si Aman (Kamal Adli) dan Sawi ni(Taiyuddin Bakar) nak race untuk kali terakhir . Tujuannya cuma nak menang duit semata-mata  mahu hadiahkan sebuah majlis perkahwinan grand buat sang girlfriend, iaitu siJulia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Tapi biasalah dalam cerita mana ada yang menjadi.., so nak disedapkan cerita si Aman ni pun berlumbalah dengan Mako (Azad Jasmin). Dia ni plak seorang Raja Rempit merangkap ketua samseng. Dalam pertandingan ini  seorang gadis kampung yang malang, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan. 
Jadi memandangkan si Aman ni hero so tujuan dia lumba dah tukarlah sikit  kepada utk menyelamatkan Marsha daripada dijadikan korban. Aman berusaha sungguh-sungguh untuk menang perlumbaan tersebut. Hasilnya Aman telah mencalar maruah Mako dengan mengalahkan si bongkak ni. The end.

Hehe..nanti dulu.. Kisah baru nak mula...

    Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan dirumitkan dengan Marsha yang hilang ingatan selepas satu eksiden. Mako yang berang dengan Aman merampas Marsha dan mahu ambil Julia pula sebagai pengganti. 

    Sebenarnya Si Aman tiada sebarang perasaan pada Marsha. Dia menganggapnya sebagai adik angkat. Walaubagaimanapun ada satu rahsia yang Aman tak tahu...,
   Si Marsha ni bukannya baik sangat pun... Dia berlakon je... yang sebenarnnya dia berdendam dengan Aman kerana menyebabkan kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas. Dia cuma berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman dengan bagi kemenangan. Walaupun jahat rupa-rupanya, Mako ini ada jugak  perasan.  Dia jatuh hati kepada adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

     Selepas muncul satu persatu konflik. Contohnya Julia  rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid dibebani hutang  hingga sanggup menjual Julia. Dan tugas si hero pun mula. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba lagi dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Hehe lepas ini anda kena tonton sendiri drama yang penuh aksi cilok mencilok ini... Jangan lupa saksikannya setiap Isnin dalam Slot Aksi Jam 9 malam hanya di TV3 dan kalau nak tonton Online pun boleh juga, klik di sini Tonton APA CELOP. Enjoy cuma jangan berlumba haram sudah...


No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib