PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis, OST BFF Teman Tapi Mesra

Sinopsis BFF Teman Tapi Mesra

 Sinopsis, OST BFF Teman Tapi Mesra



sinopsis:
Drama BFF Teman Tapi Mesra mengisahkan Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.


Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’ pada setiap Ahad jam 9.00malam.

Pelakon BFF Teman Tapi Mesra: Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.



Sinopsis & OST Lain:





Tags: Lirik BFF Teman Tapi Mesra, Lirik Lagu BFF Teman Tapi Mesra, lirik lagu BFF Teman Tapi Mesra, BFF Teman Tapi Mesra lirik, BFF Teman Tapi Mesra lirik, Sinopsis BFF Teman Tapi Mesra,OST BFF Teman Tapi Mesra TV3 Drama, Drama BFF Teman Tapi Mesra, OST BFF Teman Tapi Mesra, Sari yanti, Lirik Lagu BFF Teman Tapi Mesra, Lagu tema BFF Teman Tapi Mesra, Lirik BFF Teman Tapi Mesra,lirik, mp3 download, lagu lagu BFF Teman Tapi Mesra, lirik lagu baru, lagu lagu baru, lirik lagu, download, mp3, download lagu, lyrics, tonton bff

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib