PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Bukan Bidadari (Drama Slot Lestary TV3)

Sinopsis Bukan Bidadari (Drama Slot Lestary TV3 - Ganti Drama 3 Janji)




Setelah tamatnya drama siri 3 Janji , sebuah drama bertajuk BUKAN BIDADARI akan menemani malam Selasa anda di Slot Lestary bermula 19 Jun 2012, jam 9 malam di saluran Tv3.

Pengarah: Faisal Ishak.

Terbitan: Filmsape
Pelakon: Nad Zainal, Azlee Khairi, Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.



Sinopsis Bukan Bidadari

Drama Bukan bidadari membawa kita menelusuri kehidupan Inas, seorang gadis kaya yang manja dan sombong.  Hidupnya menjadi tunggang langgang setelah bapanya mati. Inas dan ibunya, Suraya dihimpit hutang dan  mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tiada pilihan, dua beranak ini pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas membenci kehidupan di kampung, Malah dia juga kerap menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Di kampung, seorang pemuda yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

 Inas terus ditimpa nasib malang apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung dan menyebabkannya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Semasa berada di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin, Arif  sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Banyak kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni pertahanan diri. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Dia hampa apabila mengetahui Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah yang terjadi kepada Inas seterusnya? Masihkah dia mampu berada hati Kamal? Bagaimana pula dengan  Arif yang telah dibunuh Inas? Dapatkah Inas menemui kebahagiaan hidup pada akhirnya?
Saksikan kisah penuh emosi dan tragis ini dalam Slot Lestary di TV3 tiap Selasa.




tags:Sinopsis Bukan Bidadari (Drama Slot Lestary TV3), drama lestary ganti tiga janji, bukan bidadari, bukan bidadari drama, ost bukan bidadari, sinopsis drama bukan bidadari




No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib