Peluang Belanda semakin tipis akibat tewas kepada Jerman

2012/06/14
KHARKIV: Peluang Belanda untuk mara ke suku akhir Euro 2012 semakin tipis selepas kalah 2-1 kepada pencabar tradisi, Jerman pada perlawanan Kumpulan B, pagi tadi.
Dua gol hasil sentuhan penyerang Bayern Munich, Mario Gomez meletakkan Jerman di depan sehingga akhir separuh masa pertama pada ketika Belanda berhempas pulas mencari rentak permainan selepas tumpas kepada Denmark dalam perlawanan hujung minggu lalu.
Belanda berupaya memperbaiki rentak permainan dengan Robin van Persie merapatkan jurang selepas menerima umpanan dan menyepak masuk melepasi jangkauan Manuel Neuer di hujung kotak. - AFP
No comments:
Post a Comment
Komen di sini