PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Dejavu Di Kinabalu (Drama Akasia TV3)

Sinopsis Dejavu Di Kinabalu | Slot Akasia TV3





Pengarah: Erma Fatima
Pelakon : Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Rebecca Nur Islam.

Sinopsis Ringkas:
Dejavu di Kinabalu ialah sebuah drama televisen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 di slot Akasia menggantikan drama hebat kesukaan ramai sebelum ini, Seindah Sakura.


Sinopsis Penuh Drama Dejavu Di Kinabalu:

Drama Dejavu Di Kinabalu menyorot kisah seorang gadis bernama Nadira (Tiz Zaqyah). Dia menghidapi penyakit jantung dan terpaksa menjalani permindahan jantung. Wanita yang mendermakan jantungnya itu telah melakukannya diluar daripada pengetahuan sesiapa termasuk tunangnya sendiri.

Rupa-rupanya Jantung tersebut di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha). Wanita itu telah maut dalam satu kemalangan jalan raya. Selama kehilangan kekasihnya Ammar terseksa hidup dalam memori bekas teman wanitanya.

Satu hari, takdir telah mempertemukannya dengan Nadira.

Ammar berasa pelik kerana dia perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Malah Ammar seakan merasa perasaan  cinta  yang sama seperti yang dirasai terhadap  bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini sedang berdepan bekas teman wanitanya! Namun dia percaya  ia hanya kebetulan.
Dia mula memasang angan-angan membina impian cinta yang musnah dahulu. Dia sudah bertekad mahu mulakan hidup baru.

Malangnya ketika dia sangka panas akan berpanjangan tiba-tiba dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Rupa-rupanya bekas teman wanita Ammar  sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia.

Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Meskipun dia mahu melupakan bekas teman wanitanya dan membuka hatinya kepada insan lain? Apa terjadi?Saksikan Drama hebat Dejavu di Kinabalu  yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 di slot Akasia pada jam 7-8 malam.


tags:Sinopsis Dejavu Di Kinabalu (Drama Akasia TV3), Sinopsis Drama Dejavu Di Kinabalu, Drama Akasia TV3, Pelakon Dejavu Di kinabalu, Tiz Zaqyah, Aqasha, OST Dejavu Di Kinabalu

Saksikan PROMO Dejavu Di Kinabalu




Pilihan Lain Yang Popular:



No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib