2012/06/18
KHARKIV: 'Kumpulan maut' akhirnya mengorbankan naib juara Piala Dunia 2010, Belanda apabila tumpas 2-1 kepada Portugal dalam saingan Kumpulan B Euro 2012, awal pagi tadi.
Dengan kemenangan itu, Portugal sebagai naib juara kumpulan akan bertemu Republik Czech, sekali gus mencalarkan rekod Belanda yang terkeluar dari saingan peringkal awal kumpulan sejak 1980.
Belanda yang memerlukan kemenangan dengan sekurang-kurangnya dua gol, mendahuli awal menerusi jaringan Rafael van der Vaart pada minit ke-11 namun kedudukan itu tidak lama apabila Cristiano Ronaldo meledak untuk gol penyamaan pada minit ke-28.
Ronaldo kembali dengan gol kemenangan pada minit ke-74 sekali gus, menyaksikan Belanda tersingkir.
“Kami berjaya dengan matlamat kami iaitu untuk layak ke suku akhir," kata Ronaldo.
“Kami akan bertemu Republik Czech yang semestikan lebih mencabar lagi tetapi kami akan melakukan yang terbaik," katanya.
Namun, Belanda putus harapan apabila satu lagi perlawanan kumpulan menyaksikan Denmark kalah 2-1 ke atas Jerman. - AFP
Tonton Video Portugal VS Netherlands (2-1)
- LAPORAN BERITA TERKINI, VIDEO DAN BANYAK LAGI MENGENAI EURO 2012!
No comments:
Post a Comment
Komen di sini