Sepanyol berdepan banyak kritikan ketika menentang Itali dan Croatia kerana mereka tampak sukar menampilkan permainan menakjubkan, lebih-lebih lagi dengan jurulatih, Vicente Del Bosque yang tidak gemar menggunakan khidmat penyerang.
Apa digunakan pengendali berkenaan – seperti Barcelona ialah cuba menggunakan sembilan pemain dengan memberi laluan kepada Cesc Fabregas – namun di Barcelona, peranan itu dimainkan Messi yang bertindak di posisi serangan.
Untuk adil kepada Fabregas, dia sudah menjaringkan dua gol di Euro kali ini, namun di Barca, dia boleh memberikan peranan itu kepada Messi dan Del Bosque berkata jika Sepanyol mahu mencari kelibat pemain terbaik dunia itu, ia bukan dari Fabregas.
“David Silva adalah Messi Sepanyol,” kata Del Bosque baru-baru ini sekalipun dia tidak meletakkan pemain Manchester City itu di posisi Messi dengan meletakkan di bahagian kanan sama seperti beraksi bersama kelabnya.
Begitupun, Del Bosque melihat Fabregas sebagai tunjang utama bahagian tengah sambil memilih memasukkan Fernando Torres mencuri peluang atau serangan balas.
Fabregas sendiri mengakui dia tidak sepatutnya dibandingkan dengan Messi.
“Saya tidak pernah membandingkan diri saya dengan Messi, ia pastinya bodoh.” – AFP
No comments:
Post a Comment
Komen di sini