2012/06/14
GDANSK: Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque tidak mengelak ketika diajukan persoalan penting sekali lagi sama ada dia akan menurunkan seorang penyerang atau tidak apabila menentang Ireland esok.
Del Bosque dikritik ketika juara bertahan itu turun menentang Itali dalam perlawanan pertama kerana meletakkan pemain tengah, Cesc Fabregas sebagai penyerang menerusi formasi 4-5-1.
Perlawanan berakhir seri 1-1 dengan gol penyamaan menerusi Fabregas tetapi itu adalah kali pertama dalam tempoh lima tahun juara bertahan berkenaan gagal menurunkan penyerang tradisi mereka iaitu Fernando Torres, Fernando Llorente dan Alvaro Negredo. - AP
No comments:
Post a Comment
Komen di sini