2012/06/25
KIEV: England mengakhiri saingan Euro 2012 apabila tumpas kepada Itali 4-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat 0-0 tamat masa tambahan suku akhir awal pagi tadi.
Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan penalti bagi membolehkan Itali melangkah ke separuh akhir bertemu Jerman.
Pengurus England Roy Hodgson berkata pemainnya melakukan yang terbaik Dan patut berbangga kerana terkandas menerusi penalti.
Badi kegagalan penalti menjelma lagi buat England untuk kali keenam dalam tujuh percubaannya dalam saingan Euro sejak 1990.
No comments:
Post a Comment
Komen di sini