2012/06/11
POZNAN: Mario Mandzukic menyumbatkan dua gol pagi tadi ketika Croatia menundukkan Ireland 3-1 pada perlawanan Kumpulan C kejohanan bola sepak Eropah di sini.
Kemenangan itu meletakkan Croatia di tangga teratas kumpulan berkenaan dengan tiga mata. Sepanyol dan Itali masing-masing mengutip satu mata selepas seri 1-1 dalam perlawanan di Gdansk.
Croatia membuka tirai jaringan seawal minit ketiga apabila Mandzukic menanduk masuk mengatasi penjaga gawang, Shay Given tetapi Ireland kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Sean St. Ledjer pada minit ke-19 hasil sepakan percuma Aiden McGeady di sebelah kiri.
Nikica Jelavic kemudiannya meletakkan Croatia kembali di depan pada minit ke-43 dengan jaringan sulung peribadi sejak kemunculan pertama di pentas antarabangsa pada 2009.
Mandzukic menambah derita Ireland apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-48. - AP
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAXOHXqGDR2HBmr8w1VfYKzhGZL6Ws3rGGDMYgmmtd4umI8CdAe3MSSTMsyCWeu9aAqAKdThTRQb8_qg0uFwNqYqSTF8N-6YUsIeZmYwRkFbER3d9qfEaA5y5FGU9DPk_QkyL3lAmf6pw/s320/euro2012.jpg)
No comments:
Post a Comment
Komen di sini