Joachim Low Mahu Seri Jumpa Denmark

Loew puji aksi mantap Gomez


2012/06/15
GOMEZ (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, kelmarin.
GOMEZ (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, kelmarin.


GOMEZ (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, kelmarin.
KHARKIV (Ukraine): Nilai Mario Gomez dalam pasaran bola sepak harus melonjak ketika ini selepas dua gol olehnya membantu Jerman menewaskan Belanda 2-1 dalam saingan Kumpulan B, kelmarin dan mengutip mata maksimum dalam ‘kumpulan maut’ itu.

“Gol daripada Gomez memang hebat. Dia sudah memiliki keyakinan tinggi sepanjang musim dan ini baik untuk dirinya. (Bastian) Schweinsteiger juga makin hebat ketika ini,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
Selepas menewaskan Portugal 1-0 pada aksi sulung, kemenangan ke atas Belanda itu meletakkan Jerman kini di tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata dan mereka kini hanya memerlukan satu mata ketika bertemu Denmark, awal pagi Isnin ini.
“Kami berjaya mendapatkan enam mata daripada kumpulan maut ini, sesuatu yang cukup baik dan kami sudah membuka pintu untuk mara ke suku akhir,” kata Loew.

Pengendali berusia 52 tahun itu tampak begitu teruja untuk menamatkan saingan selaku juara Kumpulan B untuk bertemu naib juara Kumpulan A pada aksi dijadual di Gdansk, Poland, lokasi kem latihan buat pasukan Jerman.

“Pertemuan dengan Denmark pasti cukup sengit. Jadi mungkin kami akan lakukan sedikit perubahan di barisan pertahanan untuk menghadapinya. Itu yang bermain di fikiran saya buat masa ini.

“Kami masih memerlukan satu mata dan kami tidak boleh berharap satu lagi perlawanan (Belanda lawan Portugal) berakhir dengan seri,” jelas Loew. - AFP



Berita Pilihan Lain EURO 2012:

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib