Mampukah England?

Mampukah England?


2012/06/24

KAPTEN England Steven Gerrard (dua dari kiri) dan rakan sepasukan ketika sesi latihan di Krakow, semalam.

Kemenangan ke atas Itali harus cipta sejarah

KRAKOW: Kemenangan ke atas Itali pada suku akhir, awal pagi esok, akan membuka lembaran baru dalam bola sepak England.
Ini kerana pasukan itu tidak pernah menewaskan negara bekas juara Piala Dunia itu pada peringkat kalah mati kejohanan utama yang diadakan di luar England.
Jika berjaya menewaskan Itali, mereka akan bertemu Jerman di separuh akhir - pasukan yang belum pernah ditewaskan dalam kejohanan di luar Wembley.

Satu-satunya pencapaian terbaik England ialah menewaskan Argentina 1-0 pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2002.

“Kemenangan ke atas Itali akan membuka lembaran baru dalam bola sepak England,” kata pengendalinya, Roy Hodgson.

“Semua statistik negatif yang membayangi pasukan ini boleh dihapuskan apabila anda mendapat satu keputusan positif. Saya sering berdepan situasi sebegini (ketika mengendali West Bromwich Albion).
“Kami tidak pernah menang ke atas Aston Villa di Villa Park, kami tidak pernah menang perlawanan di Stoke, tidak pernah itu dan tidak pernah ini.”

Dengan persiapan kurang rapi England menjelang kejohanan ini yang turut menyaksikan Hodgson dilantik menjadi pengendali pada saat-saat akhir sebelum siri kecederaan melanda pemain tonggak, kemenangan ke atas Itali boleh dianggap satu kejayaan besar pada kempen kali ini.

“Kami mahu bermain dengan baik dan memenangi perlawanan. Kami tidak mahu tersingkir. Kami mahu meneruskan kempen ini.” - AFP
Inspirasi Gerrard, Buffon


2012/06/24



"England lebih mantap di bawah Roy Hodgson berbanding pada 2010. Mereka mereka lebih tersusun dan serangan balas mereka juga pantas,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew.

Sebelum ini England cukup bersemangat, tetapi kini mereka disokong gaya permainan lebih kemas dan sukar ditembusi.
“Dalam tempoh singkat, Hodgson membina pasukan baik, mantap dan bersedia menghadapi lawan mereka.
Mereka tidak kelam kabut seperti 2010. Sekarang mereka bermain sebagai satu pasukan. Secara taktikal, mereka lebih baik berbanding 2010,” katanya yang masih segar dengan kemenangan pasukannya mengatasi Greece 4-2 pada aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Skuad kendalian Loew yang mempunyai jentera serangan berkesan itu, akan menanti pemenang antara England dan Itali, awal pagi esok pada aksi separuh akhir 28 Jun di Warsaw.

Dalam pertemuan terakhir di kelompok 16 terakhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman membelasah England 4-1.

Itali pula bukan pasukan sama tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 - pertama kali bekas juara dunia keluar terlalu awal. “Mereka bagus di bahagian pertahanan, bermain dengan baik. Kombinasi yang baik serta mempunyai pemain yang cukup pantas di bahagian serangan, amat berbahaya dalam serangan balas,” katanya. –

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib