Greece Cipta Kejutan Lagi, Singkir Russia

Greece melangkah ke suku akhir, Russia tersingkir


2012/06/17

WARSAW: Jaringan Giorgos Karagounis minit akhir babak pertama mencetuskan kemenangan mengejut juara 2004, Greece 1-0 ke atas Russia pada saingan Kumpulan A pagi tadi dan membawa mereka ke suku akhir.

Kemenangan berkenaan meletakkan Greece sebagai naib juara kumpulan mengatasi Russia walaupun kedua-dua pasukan mengumpul empat mata berbanding enam mata dikuasai juara Kumpulan A, Republik Czech yang menewaskan penganjur bersama, Poland 1-0.
Russia tidak pernah kalah dalam 16 perlawanan, menguasai perlawanan ketika bertemu Grecee yang kalah dalam empat pertemuan terakhir dan percubaan awal menerusi Alexander Kerzhakov dan Andrei Arshavin gagal meraih kemenangan yang diimpikan. - AFP


  • LAPORAN BERITA TERKINI, VIDEO DAN BANYAK LAGI MENGENAI EURO 2012!

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib