Shevchenko Harapan Besar Ukraine Kalahkan England

SHEVCHENKO diharap dapat memacu Ukraine ke suku akhir.

KHARKIV (Ukraine): Andrei Shevchenko sedar apabila dia berjalan di atas padang untuk berdepan England di Donetsk awal pagi esok, dia mungkin akan menyarung jersi kebangsaan buat kali terakhir.

Pemain 35 tahun itu meledak dua gol ketika membantu Ukraine menang 2-1 ke atas Sweden yang mencetus harapan buat negaranya di kejohanan ini tetapi selepas tewas 2-0 di tangan Perancis dalam saingan Kumpulan D Jumaat lalu, tiada lagi ruang untuk kesilapan buat pasukannya.
Perkiraan untuk tuan rumah bersama itu cukup ringkas: untuk mara ke suku akhir, mereka perlu menewaskan England yang kini dicetus dengan semangat tinggi selepas kemenangan 3-2 ke atas Sweden dan kepulangan Wayne Rooney yang kembali dari penggantungan.
Ukraine kini mengharapkan Shevchenko untuk memacu pasukannya ke suku akhir buat kali kedua sepanjang penyertaan di kejohanan ini walaupun usia pemain itu sudah melebihi purata pemain-pemain lain.

Shevchenko akan bersara dari pentas bola sepak antarabangsa sebaik kejohanan ini berakhir, tetapi dua gol lagi akan melengkapkan pemergiannya dengan 50 gol keseluruhan untuk warna kuning dan biru negaranya.

Rakan sepasukannya di Dynamo Kiev, Sergei Rebrov berkata, kemampuan Shevchenko tidak perlu diragui. “Di Ukraine, ramai berpendapat selepas usia 30 anda sepatutnya tidak lagi beraksi,” kata Rebrov.

“Mereka bercakap mengenai Andrei sejak beberapa tahun lalu tetapi setiap kali dia akan membuktikan sebaliknya. Musim ini, dan dalam musim-musim sebelumnya, dia membuktikan masih terlalu awal untuk mengetepikan kemampuannya. - AFP


No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib