2012/06/11
GDANSK: Sepanyol sekadar mampu mencatat keputusan seri 1-1 apabila berdepan Itali yang dilanda skandal mengatur perlawanan ketika berentap dalam Kumpulan C kejohanan bola sepak Eropah, pagi tadi.
Pemain simpanan, Antonio Di Natale meletakkan Itali di depan selepas gerakan kemas Andrea Pirlo pada minit ke-61. Bagaimanapun, Cesc Fabregas menyamakan kedudukan tiga minit kemudian bagi meranapkan persembahan bertenaga Sepanyol yang terkenal dengan hantaran kemas.
Sepanyol menyasarkan gelaran ketiga selepas menjuarai Euro 2008 dan Piala Dunia 2010, ternyata menguasai perlawanan berkenaan tetapi berhempas-pulas menjelang akhir perlawanan manakala Itali bergantung kepada serangan balas berbahaya. - AP
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAXOHXqGDR2HBmr8w1VfYKzhGZL6Ws3rGGDMYgmmtd4umI8CdAe3MSSTMsyCWeu9aAqAKdThTRQb8_qg0uFwNqYqSTF8N-6YUsIeZmYwRkFbER3d9qfEaA5y5FGU9DPk_QkyL3lAmf6pw/s320/euro2012.jpg)
No comments:
Post a Comment
Komen di sini